SELAMAT DATANG WELCOME

"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang budiman, semua kenyataan yang terdapat di dalam laman ini tidak berniat mengganggu sesiapa.. ilmu adalah untuk dikongsi bersama"

be the first

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SELAMAT DATANG @ WELCOME

Thursday, March 5, 2009

RINDUKU PADA MU WAHAI BIDADARI

Rinduku pada mu wahai bidadari

Ciptaan Tuhanmu terindah sekali

Bertemu mata tidak pernah sekali

Namun azamku setinggi hakiki


Rinduku pada mu wahai bidadari

Terpegun jasadku tika mengenali

Timbul namamu rahsia duniawi

Menguntum cintaku yang tidak pernah pergi


Rinduku pada mu wahai bidadari

Mengenang dirimu setiap saat yang pergi

Membina kukuh rinduku ini

Sampai bila harus ku tunggu lagi


Rinduku pada mu wahai bidadari

Terbayang sinarnya jauh melangkaui

Membatasi makhluk mendiami bumi

Indah dirimu melangkaui duniawi


Rinduku pada mu wahai bidadari

Membuatku sedar makna syurgawi

Membenam hitam jauh terperi

Menghalang dunia itu menguasai diri.


Rinduku pada mu wahai bidadari

Siang malam yang silih berganti

Ku sulam cinta ini meniti hari

Sabar diriku tidak jemu menanti


Rinduku pada mu wahai bidadari

Mendalam sungguh penangan ini

Mengharum segar semerbak kasturi

Mendalam di dada dekat di hati


Rinduku pada mu wahai bidadari

Nikmat tuhanku bagi yang mentaati

Berbahagialah mereka yang akan memiliki

Ciptaan hebat tidak setanding di bumi


Rinduku pada mu wahai bidadari

Membuat diriku bertambah sunyi

Saat ku rakam sambil menyintai

Bergetar jiwaku tika mengingati


Rinduku pada mu wahai bidadari

Malamku sunyi tanpa gelakmu

Indah ciptaanmu hinanya dunia

Dirimu bukan hiasan dunia


Rinduku pada mu wahai bidadari

Tidurku menanti datangmu puteri

Namun berlaku tidak pernah lagi

Memahami takdir ciptaan ilahi


Rinduku pada mu wahai bidadari

Dirimu berseri indah pelangi

Cahaya tercipta menerangi diri

Mendiami syurga kekal abadi


Rinduku pada mu wahai bidadari

Nafasku sesak tidak mampu membayangi

Akalku terbatas lemahnya diri

Namun dirimu tetap di hati


Rinduku pada mu wahai bidadari

Dikaulah saja idaman hati

Dikala dunia semakin dirosaki

Cintaku setia sentiasa begini


Rinduku pada mu wahai bidadari

Sejak mulanya dirimu ku kenali

Memberkas di hati dalamnya sekali

Menggengam erat nafasku ini


Rinduku pada mu wahai bidadari

Menjelas perasan dan juga rasa

Setiap degup jantungku berdebar

Menanti saatnya kita bersua


Rinduku pada mu wahai bidadari

Indah kabarmu sentiasa dicerita

Peneman di jiwa setiap masa

Walau diri tidak pernah bersua


Rinduku pada mu wahai bidadari

Dirimu ikhlas setiap ketika

Pilihanmu benar mengikut Tuhanmu

Tanpa mengira darjat dan rupa


Rinduku pada mu wahai bidadari

Munculmu bersama ilmu para nabi

Mencetus jihad di hati sanubari

Membentuk takwaku, padamu Ya Rabbi


Rinduku pada mu wahai bidadari

Namun ramai tidak setia

Mengejar dunia yang hanya sementara

Melupakan dirimu yang penuh indahnya


Rinduku pada mu wahai bidadari

Sabarku kenang penghujung naluri

Engkaulah permata penghias di syurga

Menemani siapa yang berat timbangannya


Rinduku pada mu wahai bidadari

Kenapa ramai tidak percaya

Balasan itu sememangnya ada

Namun begitu tidak dijaga


Rinduku pada mu wahai bidadari

Lemahnya diriku ketika mengingati

Layakkah diriku untuk dianugerahi

Dirimu itu yang teramat suci


Rinduku pada mu wahai bidadari

Balasan bagi yang beriman padanya

Menjaga semua tanpa terleka

Ikhlas beribadat untuk Pencipta....

Sunday, March 1, 2009

APABILA HATI MULA BERKATA-KATA

Apabila hati mula berkata-kata...

Mulut terdiam hilang bicara

Kaku semua di penjarakan masa

Tertumpu hati dan juga jiwa


Apabila hati mula berkata-kata...

Persoalan dirungkai pelbagai tajuknya

Bersimpul medula menyingkap getarnya

Membina cinta di hati manusia


Apabila hati mula berkata-kata...

Makhluk alam tidak lagi berkuasa

Memesong niat dan juga bahasa

Hilang sementara semua deria


Apabila hati mula berkata-kata...

Nafas berombak membuktikan bahangnya

Membekal darah bergegar di roma

Menyentak urat membetulkan geraknya


Apabila hati mula berkata-kata...

Kebas semua mula terasa

Menyerahkan segala nafas yang ada

Melahirkan bahasa penuhi gelora


Apabila hati mula berkata-kata...

Semua kesakitan tidak dirasa

Walaupun dalam dan telah lama

Semuanya tegal menjadi biasa


Apabila hati mula berkata-kata...

Rindu meraja menguasai suasana

Mahu di gegar sepelusuk buana

Melaungkan rindu hebat dirasa


Apabila hati mula berkata-kata...

Semua menjelma bagaikan cahaya

Mendambakan suci nilai cintanya

Menanti kekasih didunia takdirnya


Apabila hati mula berkata-kata...

Sungai rindu tiada kawalannya

Mengalir deras membasahi jiwa

Sampai ketemu dipengakhirannya


Apabila hati mula berkata-kata...

Semua mata sejenak teralpa

Cuba menangkap maksud terjelma

Penuhi persoalan dah juga rahsia


Apabila hati mula berkata-kata...

Ingatlah rakan dan taulan semua

Rindu itu tidak perlu rahsia

Luahkan sahaja pada empunya


Apabila hati mula berkata-kata...

Inginku ku berkongsi apakan terdaya

Mengagihkan pelbagai suasana ku rasa

Biar sama kita merasa


Apabila hati mula berkata-kata...

Zikir Rabbinya menjadi senjata

Menenang jiwa yang kekadang teralpa

Melayan rindu bersulamkan cinta


Apabila hati mula berkata-kata...

Wuduk ku ambil membasahi muka

Menyegar diri memikirkan zahirnya

Aku ini insan biasa.......

Yang memerlukan kasih dan juga cinta....



Info