SELAMAT DATANG WELCOME

"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang budiman, semua kenyataan yang terdapat di dalam laman ini tidak berniat mengganggu sesiapa.. ilmu adalah untuk dikongsi bersama"

be the first

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SELAMAT DATANG @ WELCOME

Thursday, July 7, 2011

ANKLE OPEN FRACTURE

Aku Patah kaki? Ye...aku yang patah kaki... accident sebab tu blog tak update, mcm patah jari pulak tak boleh update... tapi sebenarnya aku update blog lain.. blog nie.. blog org umah..

Tapi apa makna patah kaki atau kecederaan bahagian kaki?

Bagaimana doktor melakukan pemeriksaan ke atas bahagian yang tercedera?

Perkara pertama yang doktor lakukan adalah bertanya sejarah kecederaan (cara kecederaan berlaku) dan melakukan pemeriksaan ke atas pergelangan kaki berkenaan. Doktor merekodkan tahap bengkak dan bahagian lebam. X-ray kemudian dilakukan ke atas pergelangan kaki yang tercedera untuk memastikan sama ada terdapat tulang yang patah atau tidak. Pemeriksaan klinikal mungkin menyakitkan kerana doktor perlu menggerakkan pergelangan kaki yang tercedera untuk membuat diagnosis yang tepat.

Dalam kes tertentu contohnya, bila doktor menyangka kepatahan jenis tekanan berlaku, imbasan MRI akan dilakukan. MRI mampu memberikan keputusan kecederaan pergelangan kaki dengan lebih terperinci, ini dapat membantu doktor untuk memastikan sama pesakit perlukan pembedahan.

Untuk kebanyakan kecederaan pergelangan kaki, sakit boleh dirawat dengan mengambil ubat penahan sakit seperti acetaminophen atau ubat antikeradangan bukan steroid (NSAIDS) seperti ibuprofen. Rawatan yang khusus bergantung kepada jenis kecederaan pergelangan kaki yang dialami.

Rawatan tulang patah.

Kepatahan tulang boleh dirawat dengan pembedahan atau konservatif. Sekiranya hanya satu tulang yang patah, tidak lari daripada kedudukan asalnya dan sendi buku lali masih stabil, ia boleh dirawat secara konservatif atau tanpa pembedahan. Kepatahan itu akan dirawat dengan menghentikan pergerakan pergelangan kaki dengan pendakap (brace) yang bertindak sebagai splin kepada tulang yang patah atau dengan menggunakan simen POP atau gentian kaca.

Sekiranya kepatahan itu menyebabkan pergelangan kaki tidak stabil, kepatahan tersebut akan dirawat secara pembedahan dan skru serta plat besi akan dipasang untuk menyambung tulang yang patah.

Selalunya tulang yang patah mengambil masa selama enam minggu untuk sembuh. Dalam tempoh itu doktor selalunya tidak membenarkan pesakit berpijak pada kaki yang patah itu. Berpijak terlalu awal boleh menyebabkan tulang yang patah meregang dan plat besi serta skru patah. Pembedahan tersebut akan gagal.

Kebanyakan pesakit boleh kembali melakukan aktiviti normal hariannya dalam tiga hingga empat bulan selepas pembedahan. Pesakit perlu melakukan terapi fizikal seperti latihan pergerakan sendi dan latihan kekuatan otot. Ini mungkin memakan masa selama beberapa bulan sebelum pesakit menjadi cukup kuat untuk berjalan tanpa sebarang kesakitan.

Mungkin begini keadaan kakiku, tapi aku belum amik full laporan perubatan lagi ada tinggal kat Hospital Serdang.





Ngeri............... Alhamdulilah aku telah beransur pulih, cuma besi tersebut masih duduk diam dalam kaki kanan ku...

3 comments:

adachadisini said...

lama nyaaa pakcik tak update. semoga cepat pulih ye.

Firdaus said...

semoga cepat pulih Chek wan...

cicikgurl... said...

Pakcikkkk... sangat kasehan...huhu. rajin2 melompat yer... bia cepat sembuh...huhuhu.. tu sawang kat blog sapu sket...hehe =)

Info