SELAMAT DATANG WELCOME

"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang budiman, semua kenyataan yang terdapat di dalam laman ini tidak berniat mengganggu sesiapa.. ilmu adalah untuk dikongsi bersama"

be the first

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SELAMAT DATANG @ WELCOME

Sunday, November 16, 2008

MALAM SIMFONI JEMBALANG

Malam simfoni jembalang telah menakutkan semut-semut yang berada di dewan MYSL. Gambar di bawah ini menunjukkan penulis bersama kumpulan sarkas terkenal yang dijemput khas dari Gua LSYM.Artis-artis LSYM yang turut menjayakan malam simfoni terakhir ini. Mereka merakamkan gambar kenangan terakhir mereka:
Cicak-cicak lari bertempiaran kerana pelbagai muka tak siap yang telah diperagakan di malam itu. Kuman-kuman mati dipijak oleh penari-penari tidak bertauliah yang berjaya memeriahkan suasana sunyi dewan berantu. Di sini dilampirkan pelbagai jembalang-jembalang tanah yang berjaya memasukkan muka tak siap mereka di dalam kamera harga ribu dan kamera harga seposen pun tak lawa. Untuk memberi maklumat kapada warga dunia, aku lampirkan jembalang yang berjaya membuat muka tak siap;
"Ini adalah jembalang yang pertama. Hantu Simpang Lima. Dia di percayai datang dari simpang lima BP. Menjadi presiden kepada semua hantu di sini. Oleh sebab kekurangan kain putih dia telah dipakaikan kain merah yang merupakan cadarnya, nama sebenar bob marley. Nampak gaya dia kesejukan dan mata terbeliak sebab katanya gaya bebas. Dia yang brtanggungjawb mengumpul semua hantu di sini"

"Ini adalah hantu ke-2 iaitu Pontianak Ranting yang tengah keletihan. Tapi sebenarnya adalah cikgu tadikaku yang menyamar menjadi pontianak sebab tak larat mengajarku katanya. Sebenarnya memang dia mengajarku secara free. Dengan menjadi pontianak ranting dia berupaya mendapat pendapatan sekitar 1.50-2.50 sejam dengan bergambar bersama peminat fanatiknya. Nama lain pontianak ranting ini adalah mawk. Selain menjadi pontianak ranting dia juga bergiat aktif dalam persatuan alien seperti dalam kupasan blogku yang lepas. Pontianak ini berasal dari Bukit batu kapur di Gombak. Di malam itu pontianak ini berjaya membawakan beberapa buah lagu yang berjaya membuatkan aku semakin merindui cikgu tadikaku. Dia juga berjaya mengeluarkan air mata ketika ami menyanyikan lagu org puteh. Aku nak nangis juga namun aku tidak faham liriknya. Jadi aku batalkan sahaja air mata yg mahu keluar itu. Di malam itu juga suami cikgu tadikaku menghadirkan diri ke majlis ini untuk memberi sokongan moral dan lensa kepadanya. Bagi menambahkan lagi pendapatannya cikgu tadikaku bersama kawan-kawan aliennya mempersembahkan sebuah sarkas spastik khas untuk penonton yang sememangnya telah kenyang menikmati hidangan menteri pemakanan."
"Ini adalah jembalang yang ke-3 iaitu Hantu Suloh. Dipercayai didatangkan khas dari Sungai Suloh BP pada malam itu. Berjaya menakutkan semua pengujung taman mini simfoni yang masuk ke dalam dewan pada malam itu. Namun Hantu Suloh tidak berjaya menakutkan ahli sarkas pada malam itu kerana mereka datang dari keluarga yang sama. Nama lain Hantu Suloh ini adalah is ataupun is wak kandar. Di sini kelihatan Hantu Suloh sedang meratapi Hantu Surat Khabar yang pura-pura mati. Kain bungkos Hantu Suloh ditempah khas oleh pereka terkenal Beby And The Gang."
"Ini adalah hantu yang ke-4. Juga dikenali sebagai Hantu Witch atau Hantu Kerinting. Tidak diketahui kenapa dia dinamakan sebegitu tetapi menurut ceritanya ada kaitan dengan penyapu dan rambutnya. Ketika ini hantu ini sedang berehat setelah berjaya menyapu bersih semua makanan di dalam dewan. Hantu ini dipercayai berasal dari JB. Hantu ini juga dipercayai mempunyai satu baju t pink yang tidak berkolar katanya, "Itu kan fesyen sekarang". Selain menjadi hantu, Hantu Witch juga berjaya menjadi harimau sarkas yang menakutkan pada malam itu. Di dalam kelas hantu ini tidak mempunyai tempat duduk yang tetap dan suka berpindah dari satu gua ke gua yang lain untuk mencari kawan-kawan hantunya yang juga suka berkeliaran. Nama lain hantu ini ialah irma. Hantu ini baik sebab suka belanja orang"
"Hantu ke-5 ini dipercayai datang dari Muor. Dipanggil juga Hantu Drakula atau Hantu Odahone. Selain menjadi hantu dia juga memegang jawatan sebagai menteri persembahan. Jika pada malam itu ada disediakan hadiah pakaian hantu paling menarik, hantu ini dipercayai mampu membolotnya bersama teman hantunya iaitu Pontianak Chemor. Selain menjadi hantu, Drakula juga menjadi Ketua Sarkas pada malam itu. Drakula juga pandai bermain gitar dan menari. Disini kelihatannya Drakula sedang kepenatan dan sedang memegang sesuatu ditangan kanannya"
"Ini adalah hantu ke-6. Yang juga merupakan pasangan hantu Drakula. Dikenali juga sebagai Pontianak Chemor. Berjaya menakutkan pengunjung dewan yang datang dengan bersembunyi di sebalik tiang batu. Pontianak Chemor berasal dari Perak. Dan dipercayai tinggal di kawasan Batu Kapur tepi lebuhraya ke Ipoh. Ketika lensa kami berjaya merakamnya pontianak ini sedang menambahkan make-up di mukanya untuk menambahkan lagi seram di mukanya. Selain itu pontianak ini juga bergiat aktif dalam pertunjukkan sarkas pada malam itu. Pontianak ini dijangka melangsungkan perkahwinannya bersama Drakula setelah tamat belajar kelak."
"Ini merupakan hantu ke-7. Dikenali sebagai Hantu Bawa Kepala Budak atau pendeknya Hantu Baby. Hantu ini berasal dari Sungai Siput, Perak. Pada malam itu hantu ini juga terlibat di dalam pertunjukan sarkas. Hantu ini sangat pemalu, kelihatannya cuba menyembunyikan wajahnya dari lensa yang dihalakan kepadanya. Hantu ini membawa kepala anak patung yang mawk jumpa di sebuah penempatan di Gua KLH."
"Ini adalah seorang nenek kebayan yang ditangkap oleh penulis ketika sedang menyapu sampah di hadapan rumahnya. Nenek kebayan ini pada mulanya berlakon menjadi hantu mati tergantung. Tetapi oleh kerana bosan menjadi hantu gantung nenek kebayan mengambil keputusan untuk menyapu seluruh kawasan tempat dia berlakon. Katanya dia memang rajin secara semulajadi. Sejak kecil memang tidak boleh dipisahkan dengan penyapu. Penyapu itu pun selalu mengikutnya walau ke mana dia pergi. Lihatlah penyapu itu bersandar di kain batiknya. Penulis hanya mampu bergambar sebentar dengan nenek kebayan kerana dia ada persembahan bersama kumpulan dangdut susu dan kopi dari Palembang. Sebelum beredar nenek kebayan memperkenalkan diri sebagai ana dan berasal dari Pendang. Terima kasih nenek kerana sudi bergambar dengan penulis."
"Ini merupakan hantu ke-10,ke-11 dan ke-12 yang lebih dikenali sebagai hantu 3 bersaudara. Menurut hantu ini, mereka akan melalui tiga peringkat perubahan, iaitu biasa, hodoh dan buruk giler. Di sini dapat diperhatikan 3 peringkat perubahan 3 hantu bersaudara. Yang muda kelihatan masih menyerupai orang. Yang remaja sudah menunjukkan tahap hantu dipermukaan kening yang semakin hodoh dan yang terakhir tahap dimana mereka akan susah dikenali iaitu tahap buruk giler nak mampus. Pada tahap ini tiada siapa yang dapat mengenali mereka termasuk pihak polis mahupun ibu bapa kerana tahap perkembangan hodoh yang berlaku. Untuk makluman mereka dikenali Hantu 3 Tahap. Mereka terdiri daripada Azira dari Kedah (tengah), Norazlina dari Pahang (kanan) dan Cik Lina Idayu dari Kuala Terengganu."
"Ini merupakan hantu ke 13 iaitu hantu bertopeng yang paling comel pada malam itu. Walaupun majlis telah berakhir namun hantu ini berjaya membuat pose paling istimewanya bagi tatapan kawan-kawannya. Kalau tidak percaya cuba cari pose hantu yang lain yang bole menandingi gaya ini. Hantu ini didatangkan khas dari Gunung Kinabalu. Rumahnya betul-betul di atas puncak gunung. Dipercayai juga buat kali pertama turun dari gunung untuk menghadiri pesta ini. Hantu ini juga dikenali sebagai Ain berasal dari Kuching, Sarawak."



"Ini merupakan hantu ke-14,ke-15, ke-16,ke-17 dan ke-18. Dikenali juga sebagai Hantu Gelek. Kumpulan hantu ini mendendangkan tarian tradisional gelek kubur dari versi kubur yang berlainan daerah. Ia terdiri daripada (dari kiri) Azrul dari Temerloh, Jaja dari Kota Bharu, Kak Liza dari BP, Norhajar dari Chemor dan Julian dari Sungai petani."


Setelah penat menari Hantu Gelek menyertai semula gang hantu serumahnya. Mereka kini dikenali sebagai Hantu Rambut Hijau. Mereka adalah hantu ke-19, ke-20 dan ke-21. Mereka mendapat gelaran ini kerana suka makan pucuk-pucuk kayu yang berwarna hijau sahaja ketika berada di kampung. Mereka terdiri daripada (dari kiri) Azrul dari Temerloh, Khalid dari Kota Tinggi, En Nizam dari Kota Tinggi dan Asrul dari Muor.
"Ini merupakan hantu ke-22, ke-23, ke-24, ke-25, ke-26, ke-27 dan ke-28. Di sini juga kelihatan Hantu 3 Bersaudara menumpang sekaki bergambar dengan teman hantu yang lain. Agak sukar untuk mengenalpasti hantu yang terdapat di dalam gambar ini tetapi penulis akan cuba sebaik mungkin. (Dari kiri) Hantu Kecik atau dikenali sebagai Maziah dari Kelantan. Hantu Cik Shay atau Shahidah Salwa dari Wakaf Baru. Hantu Puan ain dari Kuala Kangsar. (Hantu 3 Bersaudara). Hantu Kimono atau Mizawa dari Sungai Petani. Hantu Brutal atau Shariah Merah dari Panching. Hantu Sarang labah-labah atau Nini dari Pasir Putih dan terakhir sekali Hantu Minangkabau atau Nana dari Negeri Sembilan.
Di antara mereka yang terselamat dari menjadi mangsa-mangsa hantu pada malam itu. Dari kiri Philip dari Ipoh, Cik Jenny Moo, Cik Syazwani & Syazwana, adik baju coklat, Santa Bahadur dari Ampang dan Cik Syikin. Terima kasih kerana memberikan sokongan anda walaupun mengetahui kami merupakan hantu yang tidak mungkin dapat menjadi seperti anda. Anda tetap insan istimewa bagi kami. Dan kami sememangnya ikhlas untuk membantu anda sedaya mungkin yang termampu. Insyallah.

"Sesungguhnya malam ini merupakan malam terakhir kami bersama meraikan kejayaan kami bertahan di dunia LSYM yang penuh cabaran dan dugaan ini. Walaupun ramai sahabat kami yang telah lama gugur di medan pertempuran namun kami masih di sini menyahut segala seruan itu. Walaupun pada zahirnya kami bergembira namun air mata sering menemani jiwa hantu-hantu ini", begitulah sebahagian kata-kata mereka yang menangis di dalam gambar ini. Untuk makluman semua salah seorang yang menangis ini juga telah memenangi hadiah pelakon hantu terbaik dalam bahagian artis LSYM yang paling happening. Ingatlah sahabat kenangan terakhir ini akan dibawa bersama di dalam lipatan kenangan peribadi kita semua, InsyAllah ."

3 comments:

mr.cape said...

oi hantu tagged..kamu ingat kitorang je hantu..padahal engko pun same.hahahaha

Hentai Kamen said...

oi antu kote! antu ini agak malu meletakkan gmbrnye kerana risau disalahfaham oleh pembaca bwh umur sebagai flasher...antu ini adalah ANTU KOTE yg malang....

-mawk

adachadisini said...

pacik. ta boleh bla. boh la nama glemer i. ni tak nor hajar dr chemor. ishk.. thanks kerna menempek mke kamik

Info