Aku cuma mengiya tanpa merasa
Namun ku tahu ianya memang ada
Dan aku merasanya sudah lama ketika
Hati itu seperti kaca kata makku...
Jangan kacau sesiapa jagalah ia
Aku cuma mengangguk fikir seketika
Semakin ku tahu maksud siapa
Dan aku semakin mahu mencuba
Hati itu seperti kaca kata makku...
Kan nak jadi baik belajar sentiasa
Aku mula memahami setiap kata
Mengguna pelbagai patah makna ada
Sehingga aku merasa selesa
Hati itu seperti kaca kata makku...
Sambil membuai insan di bawa
Aku mula mengenal tanggungannya
Melihat segala lelah penat bersisa
Sehingga malam tiada terlelap ia
Hati itu seperti kaca kata makku...
Tika datang menjengah dia
Aku mula mengenal jauh berdepa
Mempelajari ragam segala yang ada
Tanpa meragui setiap keletahnya
Hati itu seperti kaca kata makku...
Membekalkan segala kemahirannya
Aku mula semakin dewasa
Mendekatkan diri pada yang Esa
Memanjat syukur sambil berdoa
Hati itu seperti kaca kata makku...
Buatlah apa yang sesuai elak sengketa
Aku tidak mengengkari menurut sahaja
Memberi ia tanpa meminta
Mencuba pertama walaupun sahaja
Hati itu seperti kaca kata makku...
Jika saudara tiadalah merasa
Aku tahu itu sahaja yang aku ada
Menjaga ia sambil diriku terbela
Sampai waktu pergilah ia
Hati itu seperti kaca kata makku...
Sekali terluka ke syurga di bawa
Aku pernah mengalaminya tegal biasa
Namun derainya tiada siapa merasa
Berluluhan ranap macam tiada apa-apa
Hati itu seperti kaca kata makku...
Jangan beri kepada sesiapa
Aku terus menjaga sampai tiada siapa
Namun sesekali terleka jua
Untuk merasai keindahan dunia
Hati itu seperti kaca kata makku...
Walau terluka dia diam sahaja
Aku mengakuinya namun merahsia
Tiada siapa akan percaya
Sehingga merasa perit yang ada
Hati itu seperti kaca kata makku...
Sambil mempertahan warisan keluarga
Aku menghormatinya sepenuh jiwa
Sambil menguat sisa yang ada
Menampal luka yang telah lama
Hati itu seperti kaca kata makku...
Sambil nasihat pelbagai dikata
Semakin ku faham semakin senyum berjela
Degilkah aku bukannya sengaja
Aku ini insan biasa
Hati itu seperti kaca kata makku...
Namun mengharap aku kan berjumpa
Seorang isteri peneman dirinya
Yang sudah tua namun bersahaja
Aku memahaminya walau berbujang lama
Hati itu seperti kaca kata makku...
Perlu dijaga disayang selalu
Kerna ia cepat merasa
Setiap kejadian walau tiada sengaja
Di simpan dalam tidak dicerita
Hati itu seperti kaca kata makku...
Tiada berniat memberi sesiapa
Tulisan ini untuk ku jua
Merasa hidup sesudah lamanya
Kekadang berseorangan namun tetap gembira
Kerana Penciptaku ada sentiasa
Moga hidupku sentiasa diRedha-Nya
Engkaulah Tuhanku Engkaulah Segala..