Berkongsi rahsia dan juga cerita
Diari malamku yang tiada bertepi
Menyinggah kenangan terpahat abadi
Kelmarin ku bermimpi susah dilupai
Walaupun hanya sekejap dan telah pergi
Namun sungguh hatiku amat merasai
Membawa ligat mindaku mengerti
Membesarkan Rahmat Kuasa Ilahi
Mimpiku ini lain sekali
Seekor unggas membentuk realiti
Membawa dirinya yang kecil sekali
Mendambakan jagaan tuan yang berhati
Mimpiku timbul tidak bertepi
Ku jumpa seekor burung yang lemah sekali
Ku ambil dirinya ku dekatkan ke hati
Menjaga makan dan minumnya sekali
Akhirnya unggas sudah meyakini
Mengikut diri ke mana pergi
Mahu berteman dan sesuap nasi
Untuk membina kekuatan diri
Tatkala waktu beransur pergi
Urusan penting harusku hadapi
Unggas ku ambil untuk menemani
Namun nasihat itu perluku turuti
Ku tinggal unggas sambil merindui
Berbekalkan air dan hanya sendiri
Hati ku penuh risau namun terpaksa pergi
Moga unggas itu mampu ku temu lagi....
Apabila pagi bertukar realiti
Tidak ku sentuh bukan tidak berani
Amatlah jauh hanya boleh dihayati
Tangan yang bersih bergambar sekali
Burung seperti ku jumpa sudah pun dimiliki
Oleh seseorang yang belum ku kenali
Punyai hati dan juga nurani
Mencari kasih yang kekal abadi
Tuannya itu ramah sekali
Memberi cerita mempamerkan diri
Muda dirinya dunia dipelajari
Mengejar usia yang tinggal saki baki...
Namun semalam mimpiku lain sekali
Ikan besar berwarna warni
Pelbagai saiz namun tidak ku kenali
Warnanya bak pelangi indah sekali
Ikan itu di sana sini
Namun kecewaku ia telah pun mati
Walau air itu memenuhi diri
Bantuan apa pun sudah tidak bererti lagi
Bergelimpangan ikan dasar dipenuhi
Aku khuatir namun tidak mampu peduli
Kerana urusanku yang tak pernah henti
Menerus takdir ku Rahmat Ilahi
Apa sebenar yang telah terjadi
Diriku ini tidaklah pasti
Memikirkan panjang melayan diri
Adakah maksud atau sekadar mainan mimpi
Hati ini masih boleh merasai
Pelbagai jiwa memenuhi bumi
Mencorak alam yang penuh realiti
Mempamer diri sambil dipimpin Rabbi
Ikhlas niatku menulis begini
Berkongsi jiwa dan coretan hati
Menyimpan kenangan kekal abadi
Dekat di minda dalam jiwaku ini
Sambil merindui kekasih sejati...