SELAMAT DATANG WELCOME

"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang budiman, semua kenyataan yang terdapat di dalam laman ini tidak berniat mengganggu sesiapa.. ilmu adalah untuk dikongsi bersama"

be the first

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SELAMAT DATANG @ WELCOME

Wednesday, April 29, 2009

DI MANA REHAT

Di mana rehat itu...
Saat mencerita tika terlena
Tanpa sedar ada yang melensa
Diri ini terkejam seketika
Menerawang alam tiada hadnya
Mencari selesa menghilang letihnya

Di mana rehat itu...
Menerima ia hati yang redha
Merasa kesian hanya fikiran
Tidur keseorangan tiada berteman
Melintas angin membawa kesejukan
Selimut itu tidak mampu memanaskan

Di mana rehat itu...
Bas usang tiada bernyawa
Meredah jalanan membawa dirinya
Mengembara alam mencari indahnya
Sambil diri terasa penatnya
Lantas tertidur menghilanglah dunia

Di mana rehat itu...
Ungkapan alam tiada jawabnya
Proses terjadi dengan sendirinya
Walau ada yang cuba bertanya
Jawapan terhilang menghias sunyian
Hanya mimpi penghias tidurnya

Di mana rehat itu...
Tertinggalkah sudah masa berlalu
Tiada melengkap seperti kawan itu
Pelbagai terjadi rahsia di hatiku
Ditelan dalam masuk mendiami
Kekal ianya terpahat begitu

Di mana rehat itu...
Hati berterusan ternanti begitu
Tibanya saat semua kan berlaku
Tiada apa menghalang mampu
Namun diri itu terusan membisu
Mencari erti di kalam sunyi itu

Di mana rehat itu...
Membayang syurga tidak pada mimpi
Terusan indahnya sampai ke hati
Hadir sentiasa bersama sayang ilahi
Mencari redha dari sanubari
Meniti dunia menuju abadi

2 comments:

psikik_gurl said...

lena nya abang tidur..tidur bebaik ye..sweet dreams..ehehhe...rehatlah secukup2 nya..kesian abang..tak cukup tidor ye?hehheheh

wardahtza said...

Teringat masa yang lalu..ketika bersama INTAN membelah lebuh raya selatan menuai bakti bersama sahabat-sahabat lain..Rehat tak penah cukup..=) Skg ni pun tetap sama..cuma dapat rehat bila cuti sekolah..Comel jgk gambo candid tido ewan ni..hehehe Happy Always.

Info