SELAMAT DATANG WELCOME

"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang budiman, semua kenyataan yang terdapat di dalam laman ini tidak berniat mengganggu sesiapa.. ilmu adalah untuk dikongsi bersama"

be the first

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SELAMAT DATANG @ WELCOME

Sunday, January 10, 2010

BUNGA ITU KAN LAYU JUA AKHIRNYA

Bunga itu kan layu jua akhirnya...

Walaupun cuba bertahan nasib dirinya

Sejak kembangnya menjengah kisah dunia

Menyebar haruman ke seantero dunia

Sambil mempertahan madunya yang masih ada

Bunga itu kan layu jua akhirnya...

Walaupun kuat kelopaknya telah lama terbina

Menahan sisa-sisa angin yang terbias manja

Sambil mengetar dahannya yang hanya biasa

Dan sesekali hampir rebah akarnya gugur binasa

Bunga itu kan layu jua akhirnya...

Walaupun harumnya pernah memukau semesta

Hingga tiada siapa dapat menandinginya

Bergegar dada setiap makhluk yang terhidunya

Namun sampai bila ia akan kekal begitu sahaja

Bunga itu kan layu jua akhirnya...

Walaupun kelembutannya memikat siapa sahaja

Mententeramkan jiwa hati yang penuh lara

Tiada siapa melepaskan peluang cuba membelainya

Namun digagahinya nilai mengelakkan derita

Bunga itu kan layu jua akhirnya...

Walaupun keindahannya tiada tergambar pada kata

Membelai hati yang memerlukan sinarnya

Meniup kasih sayang yang tiada hadnya

Sambil mengharap tiada temu akan penghujungnya

Bunga itu kan layu jua akhirnya...

Walaupun kuntumannya tersusun megah kuatnya

Namun hakikatnya lemah dan bengkok itu sifatnya

Sering disinggahi makhluk kumbang bernama

Hingga habis madunya tiada siapa pernah menyedarinya

Bunga itu kan layu jua akhirnya...

Walaupun banyak warna pelbagai tarikannya

Menghias indah dunia hati manusia

Hingga akhir kelak gugurlah semuanya

Maka tiada satupun makhluk yang mampu mengenalnya

Bunga itu kan layu jua akhirnya...

Walaupun seringkali menyesak nafas hamba manusia

Mengagumi kejadiannya yang menghias dunia

Namun sampai bila ia akan dibiarkan terus terleka

Untuk menyedia bekalan hari kelak dibangunkannya

Bunga itu kan layu jua akhirnya...

Bersama daunan hijau dan benih semaiannya

Tiada bentuk indah yang kekal seperti lahirnya

Yang tinggal hanya kerutan pada kulit kayunya

Menampakkan nilainya yang tidak mampu dilindungnya

Bunga itu kan layu jua akhirnya...

Walau cuba disimpan diawet dengan sempurna

Cuba melawan arus masa diluarnya

Dalam mengekalkan indah, cantik, rupa yang ada

Namun itu semua tiadalah bersifat hakiki untuk selamanya

Bunga itu kan layu jua akhirnya...

Walaupun pernah cuba menyangkal kejadiannya

Menyamar daunan hijau permainan dunia ria

Sambil merasa nikmat dunia seketika terleka

Tanpa sedar masa yang terus berpusing mengelilinginya setia

Bunga itu kan layu jua akhirnya...

Walaupun cuba dibaja dengan segala ilmu yang ada

Meminjam tongkat dunia yang juga senasibnya

Merahsia nilai diri yang tinggal bersisa

Sambil menginsafi diri di hadapan Pencipta yang sungguh Maha Kuasa

Bunga itu kan layu jua akhirnya...

Merupakan kalam ikhlas lahir tiada berganda

Mengharap fahamnya manusia hakikat dunia

Yang tidak akan berpusing hingga kekal selama-lamanya

Sampai saat semua zat akan senasib dengannya



Bunga itu kan layu jua akhirnya...

Gugur bersama titis suam yang turun dari mata

Menemani hati yang lara dan kekadang hiba

Sambil mengharap redha yang telah menjadikannya

Agar dibangunkan kelak bersama bunga-bunga di syurga

Bunga itu kan layu jua akhirnya...

Namun biarlah layunya mengharap redha pencipta

Menunduk kerna menunaikan kewajipan Padanya

Menghadap Tuhannya sambil menadah dahan tangannya

Sambil berdoa agar semua dosa-dosa lampau telah diampunkannya..

11/1/2009

1.48 am

tulisan saja untuk diri

Thursday, September 10, 2009

Di padang itu...
Berdiri insan mengenggam tekad
Kuatnya hasrat berzaman terpahat
Menyulami hati dan juga semangat
Membawa diri mengejar hakikat
Membina negara tanpa rehat
Di padang itu...
Menghijau alam mempamer daratan
Tinggalnya makhluk tanpa berjahat
Memurni ikatan sambil bersalaman
Namun berfikir angan sendirian
Hinggakan bila ia akan berkekalan
Di padang itu...
Beramai insan duyun berdatang
Melihat sejarah tinggalan zaman
Sambil mengiktibar segala rampaian
Menyusun hamparan pelbagai lapisan
Harapnya begitu ke akhir zaman
Di padang itu...
Mengajar dunia erti kepelbagaian
Merencana bangsa sambil berwawasan
Memanfaatkan rakyat bersama meringankan
Memperkukuh rantaian memenuhi keazaman
Berbekalkan kudrat dan juga keimanan
salam..

Dataran


erwan dataran


Friday, May 8, 2009

MAAFKAN SAYA

Maafkan saya...
Saya telah ketinggalan
Rakan taulan telah mula belayar
Namun saya masih di perlabuhan
Menanti bayangan rembulan

Maafkan saya...
Ini adalah ketentuannya
Saya ini hambanya
Tiap yang hidup ada takdirnya
Begitulah agung ciptaan tuhan

Maafkan saya...
Bersalah rasa memang memeritkan
Namun itu proses dunia
Yang tidak pernah menunggu kita
Dan sesekali terpaksa meninggalkan

Maafkan saya...
Lahir dari hati yang dalam
Untuk semua sahabat dan kenalan
Cuba fahami makna dan keadaan
Saya ini hanyalah seorang insan

Maafkan saya...
Semua budi takkan saya lupakan
Hendak dibalas dan bukanlah keberatan
Memulang jasa dan mengukuh ikatan
Selagi hayat itu di dalam badan

Maafkan saya...
Saya pergi membuka laluan
Kelak menjadi jalan pengukuhan
Antara kita dan segala hamba tuhan
Sehingga memperkasa dapat dijelmakan

Maafkan saya...
Harap semua dapat memaafkan
Kiranya hati dapat merasakan
Saya tetap dalam perjuangan
Berjasa bersama makhluk tuhan

Maafkan saya...

Info