ISYARAT BAHASA MELAYU/ MALAY LANGUAGE
ISYARAT BAHASA INGGERIS/ ENGLISH LANGUAGE
ISYARAT DIPLOMA
ISYARAT UNIVERSITI/ UNIVERSITY
ISYARAT FIZIK/ PHYSICS
ISYARAT KIMIA/ CHEMISTRY
ISYARAT KAMUS/ DICTIONARY

Selamat membuat permohonan untuk semua yang bercita-cita untuk menjadi guru. Semoga berjaya hendaknya...
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my mulai 11 Oktober 2010.
Atau di sini;
http://kpli.moe.gov.my/application_jan2011/
Permohonan bagi Ambilan Januari 2011 ditutup pada 24 Oktober 2010.
| 5. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN |
|
| 5.1 | Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah(KPLI-SR) Mod Sepenuh Masa | |||||||||||||
|
|
| 5.1.1 | Sekolah Kebangsaan (SK). | ||||||||||||
|
|
|
| |||||||||||||
|
|
| 5.1.2 | Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
| 5.1.3 | Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
| 5.2 | Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR)j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
| 5.2.1 | Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut: | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|
| (i) Bahasa Arab | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|
| (ii) Pendidikan Islam | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|
| (iii) Pendidikan Islam Pendidikan Khas j-QAF | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan : BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
( u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar )
Nombor Telefon :
03-88841260
03-88841254
03-88841253
03-88841371
03-88841235
URUSETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah
Nombor Telefon : 088–236804
URUSETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching, Sarawak
Nombor Telefon : 082 – 258045
Warna-warni kehidupan...

Bunga itu kan layu jua akhirnya...
Walaupun cuba bertahan nasib dirinya
Sejak kembangnya menjengah kisah dunia
Menyebar haruman ke seantero dunia
Sambil mempertahan madunya yang masih ada

Bunga itu kan layu jua akhirnya...
Walaupun kuat kelopaknya telah lama terbina
Menahan sisa-sisa angin yang terbias manja
Sambil mengetar dahannya yang hanya biasa
Dan sesekali hampir rebah akarnya gugur binasa

Bunga itu kan layu jua akhirnya...
Walaupun harumnya pernah memukau semesta
Hingga tiada siapa dapat menandinginya
Bergegar dada setiap makhluk yang terhidunya
Namun sampai bila ia akan kekal begitu sahaja

Bunga itu kan layu jua akhirnya...
Walaupun kelembutannya memikat siapa sahaja
Mententeramkan jiwa hati yang penuh lara
Tiada siapa melepaskan peluang cuba membelainya
Namun digagahinya nilai mengelakkan derita

Bunga itu kan layu jua akhirnya...
Walaupun keindahannya tiada tergambar pada kata
Membelai hati yang memerlukan sinarnya
Meniup kasih sayang yang tiada hadnya
Sambil mengharap tiada temu akan penghujungnya

Bunga itu kan layu jua akhirnya...
Walaupun kuntumannya tersusun megah kuatnya
Namun hakikatnya lemah dan bengkok itu sifatnya
Sering disinggahi makhluk kumbang bernama
Hingga habis madunya tiada siapa pernah menyedarinya

Bunga itu kan layu jua akhirnya...
Walaupun banyak warna pelbagai tarikannya
Menghias indah dunia hati manusia
Hingga akhir kelak gugurlah semuanya
Maka tiada satupun makhluk yang mampu mengenalnya

Bunga itu kan layu jua akhirnya...
Walaupun seringkali menyesak nafas hamba manusia
Mengagumi kejadiannya yang menghias dunia
Namun sampai bila ia akan dibiarkan terus terleka
Untuk menyedia bekalan hari kelak dibangunkannya

Bunga itu kan layu jua akhirnya...
Bersama daunan hijau dan benih semaiannya
Tiada bentuk indah yang kekal seperti lahirnya
Yang tinggal hanya kerutan pada kulit kayunya
Menampakkan nilainya yang tidak mampu dilindungnya

Bunga itu kan layu jua akhirnya...
Walau cuba disimpan diawet dengan sempurna
Cuba melawan arus masa diluarnya
Dalam mengekalkan indah, cantik, rupa yang ada
Namun itu semua tiadalah bersifat hakiki untuk selamanya

Bunga itu kan layu jua akhirnya...
Walaupun pernah cuba menyangkal kejadiannya
Menyamar daunan hijau permainan dunia ria
Sambil merasa nikmat dunia seketika terleka
Tanpa sedar masa yang terus berpusing mengelilinginya setia

Bunga itu kan layu jua akhirnya...
Walaupun cuba dibaja dengan segala ilmu yang ada
Meminjam tongkat dunia yang juga senasibnya
Merahsia nilai diri yang tinggal bersisa
Sambil menginsafi diri di hadapan Pencipta yang sungguh Maha Kuasa
Bunga itu kan layu jua akhirnya...
Merupakan kalam ikhlas lahir tiada berganda
Mengharap fahamnya manusia hakikat dunia
Yang tidak akan berpusing hingga kekal selama-lamanya
Sampai saat semua zat akan senasib dengannya

Bunga itu kan layu jua akhirnya...
Gugur bersama titis suam yang turun dari mata
Menemani hati yang lara dan kekadang hiba
Sambil mengharap redha yang telah menjadikannya
Agar dibangunkan kelak bersama bunga-bunga di syurga
Bunga itu kan layu jua akhirnya...
Namun biarlah layunya mengharap redha pencipta
Menunduk kerna menunaikan kewajipan Padanya
Menghadap Tuhannya sambil menadah dahan tangannya
Sambil berdoa agar semua dosa-dosa lampau telah diampunkannya..
11/1/2009
1.48 am
tulisan saja untuk diri