![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgwLxZFLEV27hBSo4ouGBa5msUtQnJ4JlwUlCszGKRHfNJjnmPkpGhYcHDEZT6boRXcNYH3V3DWc6_XpK3N0KB1erAvFBqO7uCKlYq4upNpedRdN8sR9R2f5YuCCDgqJmOssk-ed7dLK40/s320/pensel+kaler.jpg)
Lahirnya indah walau tiada kandungan
Bukan bererti tiada diperlukan
Namun hakikat setiap kejadian
Menjelma ia saat ditakdirkan
Warna-warni kehidupan...
Indahnya dirasa setiap manusia
Setiap terjadi ilham Pencipta
Mencorak dunia hidupan manusia
Harapnya leka tidak sentiasa
Warna-warni kehidupan...
Ada pelbagai corak dirakam
Menghias suasana dunia berlaman
Cantiknya membuah perasaan aman
Buruknya membina batu sempadan
Warna-warni kehidupan...
Berbaris ia tiada berlawanan
Setiap satunya amat diperlukan
Tidak dibuang ianya sebarangan
Kelak serinya ditakuti hilang
Warna-warni kehidupan...
Tulisan hati menerusi butiran
Merakam bicara yang lama disimpan
Berlama sudah tiada tertahan
Akhirnya keluar menghiasi laman
Warna-warni kehidupan...
Untuk diriku membuat rakaman
Corak pemikiran dan juga perasaan
Saat tulisan ini digambarkan
Mengambarkan ketenangan yang masih bertahan
Warna-warni kehidupan...
Untuk diriku melatih kemahiran
Tiada niat mengganggu tatapan
Semua insan dan makhluk tuhan
Memperkaya bahan sumber bacaan...
No comments:
Post a Comment