SELAMAT DATANG WELCOME

"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang budiman, semua kenyataan yang terdapat di dalam laman ini tidak berniat mengganggu sesiapa.. ilmu adalah untuk dikongsi bersama"

be the first

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SELAMAT DATANG @ WELCOME

Wednesday, January 21, 2009

PEPATUNG "LAKITKARP"

  • Pepatung Lakitkarp merupakan seekor pepatung yang tidak berekor seperti pepatung biasa. Pepatung ini hanya muncul sekitar abad ini disebabkan fenomena alam yang melanda bumi pada Januari 2009. Jangka hayat pepatung ini lebih kurang 3 hingga 4 bulan.
  • Bentuk pepatung ini ada pelbagai. Ada yang comel, ada yang gemuk, ada kerinting gemuk ada kurus, ada berhidung besar, ada malas dan ada rajin.
  • Pepatung ini sebelum ini telah dikesan banyak mendiami kawasan di sebelah lombong HLK. Lombong ini banyak membekalkan makanan kepada pepatung ini. Buat masa ini pepatung ini telah dikesan berhijrah ke sekitar kawasan di Malaysia. Diantara kawasan yang menjadi tempat laluan pepatung ini adalah kawasan beriklim katusyaratiwaku.
  • Kawasan-kawasannya adalah seperti berikut;
  1. Apakmen Puntong - 8
  2. MKJ Malaysia - 2
  3. MKJ Ipoh - 1
  4. MKJ Jb - 1
  5. MKJ Kota Baru - 1
  6. MKJ BP - 1
  7. MKJ Bachok - 1
  8. MKJ KL - 2
  9. BESIPA - 1
  10. LOPI Jb - 6
  11. LOPI Ipoh - 3
  12. LOPI Shah Alam - 3
  13. KIPI- 4
  14. ADP - 3
  15. KEPOH - 3
  16. MPON - 3
  17. JDSO- 3
  18. HSUM - 1
  • Buat masa ini kebanyakkan pepatung ini sukar hendak dijejaki kerana masalah yang melanda bahagian pengurusan pepatung yang baru cuba belajar untuk berdikari tanpa manual yang lengkap.
  • Pepatung ini juga didapati hanya akan hinggap di tempat tersebut untuk 3-4 bulan sahaja. Ini berbeza dengan pepatung yang normal yang hinggap di sesuatu tempat dalam masa beberapa saat sahaja.
  • Tanda- tanda bertanda soal memenuhi ruang kepala, siapa bertanda soal, akukake, diake, demoke, mu..ke..ke, LAKITKARP itu bukan satu perkataan tetap tapi kena diterbalikan seperti dirimu yang diterbalik, balik, balik, balik lagi macam gasing yang pusing, pusing, pusing, pusing lagi macam kepalaku yang tak berapa nak centre nie. Apabila kepala ku tak centre ngarutan alam akan berlaku seperti ini. Di mana segala jenis mamalia tidak akan mampu memahaminya jika tidak mengadakan kajian yang mendalam seperti si muda yang mengajar research yang macam hampeh gila tahap cipanke itu. LAKITKARP itu tidak seperti lainnya yang pernah ku hadapi se 29 umurke itunya. seperti ketahuan itu ku nyatakan di sinus apekan dalamnya utakko maklumat tentang membertu.

Sunday, January 18, 2009

GAZA ITU....

Gaza itu...
Hancur begitu menelan sisa peluru beribu
Mana pergi pembela yang jumlah billion itu
Laksana buih atas lautan berasa malu
Nyawanya nilai siapa yang tanggungnya mahu
Harianku ini sesal cuba membantu apa yang termampu
Saat doaku khusus buatmu rakan juang itu
Tuhanmu kuasa menguji dirimu saban berwaktu

Gaza itu...
Kandungan-kandungan gugur mengejut dunia malam berwaktu
Anak-anak hancur mengelak sasaran kimia peluru
Ibu-ibu menahan diri menangkis si besi berpandu
Ayah-ayah cuba menyelamat sekeluarga mana yang mampu
Kakak-kakak cacat merangkak keluar lubang berabu
Abang-abang menghias keranda usungan jalan berliku
Saudara-mara bertempiaran memenuhi bumi usang baharu itu

Gaza itu...
Mengajar kita rahsianya makna yang beribu
Perlu iktibar semua sahabat yang bersaksi tuhan yang satu
Dunia ini sementara layaknya tidak bernilai seperti akhirat itu
Syahidnya itu makamnya tinggi idaman kalbu terpaku
Nilai hancur itu menang untuknya tidak kekal begitu
Akhirat kelak kita jumpa untuk kembali beradu
Malaikat itu hebat pukulannya mengalahkan kimia hina palsu

Gaza itu...
Kesedaran tinggi hambanya perlu bermadah suci nawaitu
Hanya medan laksana semua kerakusan berlagu hantu
Tercatat takdiran ketentuannya sejak lama dahulu
Mempamer makhluk perosak terciptanya yang bersebabkan perlu
Meraja dunia nikmat sementara untuk kaumnya hanya begitu
Akhirat kelak tiada tempat untuknya hanyalah neraka itu
Di hadapan Tuhan menerima segala siksaan kekafirannya itu

Gaza itu...
Mengalih minda melihat dunia di sebelah buku
Mengguna apa sudah ketahu layaknya beribu
Mempraktik ilmu mengagahkan berpandu itu niatmu
Meningkatkan teknologi setiap masa amatlah perlu
Membina hubungan besar agama amat dirindu
Melancar itu dan ini serta membina kubu
Sambil menadah tuhan peliharakan tanah darahmu

Gaza itu...
Mengingatkan semua bersatu kita perlunya selalu
Mempertahan Agama, Negara, Bangsa bukan baharu
Bergaduh sesama berfitnah itu tidak akan membantu
Musuh itu selimut diamnya sungguh berlaku
Sekali menjengah tanah airmu semuakan kaku
Mana kuasamu mana politikmu semua kan berabu
Masa itu menyesal dirimu sudahpun tak laku

(to be continue)

Thursday, January 15, 2009

AKU KAN DI SINI

Aku kan di sini...
Menerima arahan hanya berkuasa
Memberi apa daya ku miliknya
Mencelah ruang tidur nyenyaknya
Mengisi log apa mahunya
Memakan rezeki layaknya sa

Aku kan di sini...
Merindukan mana yang mahukanku
Menyepi hati tidak beradu
Merakam peristiwa saban berlalu
Mengais kasih tidak lagi ku mampu
Mempamer diri hanya sejenak waktuAku kan di sini...
Menunggu nilai itu menyerah kaku
Entahkan bila perlu ku tunggu
Berita itu terlalu pemalu
Menjengah tepian entah tidaknya lalu
Walau kawanku tanya beribu

Aku kan di sini...
Maksud kawan sangat ku perlu
Berani ku tidak merasa sendirian itu
Gigilku rasa jika begitu
Siapa diriku tanpa kalian itu
Namun begitu hatiku penuh merindu

Aku kan di sini...
Hatiku jauh namun bukannya begitu
Mengenang keluarga jauh berbatu
Jangan memberikan harapan nasihat kawanku
Perjalanan itu jauh di hadapanku
Namun dirimu itu istimewa padaku

Aku kan di sini...
Tiada niat berjalan pergi kakiku
Hati ini sudah mula terpaku
Mengikut degup pacuan diriku
Menjelas tuturku lemah membisu
Itulah dia jagaan Rabbiku..

Aku kan di sini...

Mysl
15 Jan 2009
5.24pm
Aku
menemani
hatiku..




Wednesday, January 14, 2009

CATATAN CUTI BERMAKNA SERIBU


cuti...
Aku cuti di Batu Pahat yang balik naik isford
Malam itu sesatku gelap istu makiku
Aku nie lupa tidak namun lama baliku tidak
Tima kasih banyak simpang istu yang tak datang rumahku
katanya mahu ambil info dalam laptoptu
Namunku kerja itu kebunnya pelbagai adaku

cuti...
Tungguku suratu dan tepontu
Namunnya datang tak lama menggila
Akukan adanya nombortu kawanku
Semua maklumat bantuku telahnya
Balikku Puchongtu sampainya 11jan
Sorangku beg itu beratnya gila tak

cuti...
Rasaku inginku mohonnya lainke jobnya
Namunku ke pangkal lenganku pepatahnya
Akunie setia walauku ketahuan
Hatiku belahnya berbagi pikirnya memacam
Kawinke, rumahke, keluargake, pelbagainye
Namunnya akunie redha ketentuannya hikmahnya tentu ada

cuti...
Hensetku airtu masuknya rosaklah
Bobtu jualnya di depan Parit Raja
Hargatu oknya akupun terima
Adikku SPM tunggu akunya tolongnya isi formnya
Akunie bantu sume apeku mampunya
Cutiku belitnya maknatu beribu

salam sayang buat semua pembaca...
MYSL
15 Jan 2009
8.57 am
miss u all..


HATI DIA SUNGGUH SEDIHNYA...

Hati dia sungguh sedihnya...
Mengenang pelbagai ujian menimpa
Berganda dua tidak dipinta
Menerkam jiwa yang sedikit teralpa
Meratah suasana yang dulunya gembira
Tawanya dia sudah dilupa

Hati dia sungguh sedihnya...
Temannya hati sudah menganiaya
Walaupun diri sungguh percaya
Memberi harta yang hanya ada
Cuba mempamer kasih setia
Namun itu yang diperolehinya

Hati dia sungguh sedihnya...
Cuba mengikis kesedihan terasa
Menyelubungi rasa setiap ketika
Bergenang air tidak dipinta
Mengalir dipipi merah bersihnya
Namun kejadian tidak terlupa

Hati dia sungguh sedihnya...
Hendakkan praktikal mampukah habisnya
Hendakkan ibu jauh di sana
Hendakkan kasih entah ke mana
Hendakkan kereta entah berangka
Hendakkan keyakinan doktorkah dia

Hati dia sungguh sedihnya...
Lembut katanya menutur bahasa
Wajahnya luhur memukau siapa
Gerak perlahan mengatur gerinya
Cuba memendam segala rasa
Sesekali ia terlepas jua

Hati dia sungguh sedihnya...
Kenapa ketemu durjana puaka
Menyorok taringnya mempamer indahnya
Menabur janji memberikan harapannya
Bulannya 6 namun sia-sia
Itukah ujian hiasan dunia

Hati dia sungguh sedihnya...
Doktor itupun simpatinya mana........
Gila bukan mainan dunia
Perkataan mampu merobek di jiwa
Pil itu tidak diperlukannya
Semoga hatimu tenang menempuh segala

Hati dia sungguh sedihnya...
Kenapa durjana membuat angkara.......
Tidak ingat ke neraka yang ada
Hidup itu tidak ke mana
Akhir masa akan bersua
Di hadapan Rabbi yang maha Esa

Hati dia sungguh sedihnya...
Perjanjian itu sesungguhnya ada........
Namun ingatlah dirimu itu sentiasa
Tuhanmu Esa dan sungguh Kuasa
Menemani dirimu yang amat perlukannya
Semoga Rahmatnya memberkatimu hingga akhirnya......

MYSL
14 JAN 2009
Hanya
ini ku
mampu

Info