SELAMAT DATANG WELCOME

"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang budiman, semua kenyataan yang terdapat di dalam laman ini tidak berniat mengganggu sesiapa.. ilmu adalah untuk dikongsi bersama"

be the first

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SELAMAT DATANG @ WELCOME

Sunday, January 18, 2009

GAZA ITU....

Gaza itu...
Hancur begitu menelan sisa peluru beribu
Mana pergi pembela yang jumlah billion itu
Laksana buih atas lautan berasa malu
Nyawanya nilai siapa yang tanggungnya mahu
Harianku ini sesal cuba membantu apa yang termampu
Saat doaku khusus buatmu rakan juang itu
Tuhanmu kuasa menguji dirimu saban berwaktu

Gaza itu...
Kandungan-kandungan gugur mengejut dunia malam berwaktu
Anak-anak hancur mengelak sasaran kimia peluru
Ibu-ibu menahan diri menangkis si besi berpandu
Ayah-ayah cuba menyelamat sekeluarga mana yang mampu
Kakak-kakak cacat merangkak keluar lubang berabu
Abang-abang menghias keranda usungan jalan berliku
Saudara-mara bertempiaran memenuhi bumi usang baharu itu

Gaza itu...
Mengajar kita rahsianya makna yang beribu
Perlu iktibar semua sahabat yang bersaksi tuhan yang satu
Dunia ini sementara layaknya tidak bernilai seperti akhirat itu
Syahidnya itu makamnya tinggi idaman kalbu terpaku
Nilai hancur itu menang untuknya tidak kekal begitu
Akhirat kelak kita jumpa untuk kembali beradu
Malaikat itu hebat pukulannya mengalahkan kimia hina palsu

Gaza itu...
Kesedaran tinggi hambanya perlu bermadah suci nawaitu
Hanya medan laksana semua kerakusan berlagu hantu
Tercatat takdiran ketentuannya sejak lama dahulu
Mempamer makhluk perosak terciptanya yang bersebabkan perlu
Meraja dunia nikmat sementara untuk kaumnya hanya begitu
Akhirat kelak tiada tempat untuknya hanyalah neraka itu
Di hadapan Tuhan menerima segala siksaan kekafirannya itu

Gaza itu...
Mengalih minda melihat dunia di sebelah buku
Mengguna apa sudah ketahu layaknya beribu
Mempraktik ilmu mengagahkan berpandu itu niatmu
Meningkatkan teknologi setiap masa amatlah perlu
Membina hubungan besar agama amat dirindu
Melancar itu dan ini serta membina kubu
Sambil menadah tuhan peliharakan tanah darahmu

Gaza itu...
Mengingatkan semua bersatu kita perlunya selalu
Mempertahan Agama, Negara, Bangsa bukan baharu
Bergaduh sesama berfitnah itu tidak akan membantu
Musuh itu selimut diamnya sungguh berlaku
Sekali menjengah tanah airmu semuakan kaku
Mana kuasamu mana politikmu semua kan berabu
Masa itu menyesal dirimu sudahpun tak laku

(to be continue)

No comments:

Info