SELAMAT DATANG WELCOME

"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang budiman, semua kenyataan yang terdapat di dalam laman ini tidak berniat mengganggu sesiapa.. ilmu adalah untuk dikongsi bersama"

be the first

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SELAMAT DATANG @ WELCOME

Sunday, February 22, 2009

HARI INI

Hari ini...
Bangunku segar menunai wajibnya
Lamunan indah ku tinggal sahaja
Mengadap Rabbiku sepenuh rasa
Membersih diri dan juga jiwa

Doaku panjang untuk semuanya


Hari ini...

Dunia luar seperti biasa
Langit cerah menceriakan suasana

Mentari pagi menyuluh semesta

Bangunan ini tersergam gagahnya

Lif berfungsi membawa yang setia


Hari ini...

Langkahku deras penuh tenaga

Mengekori kunci yang dibawa penjaga
Menuju pejabat penuh rahsia

Melawat sahabat sedang menjaga SLnya

Menuju terus disinggahan sementara


Hari ini...

Awalku datang mengalas permata

Membuka laman memberi berita

Mengucap salam pada cahaya

Ikhlas memberi 3 hatinya

Sambil menekan makna winknya


Hari ini...

Dadaku ada pelbagai rasa

Bersalah juga tidak dilupa

Kerana memberi harapan cahaya

Membina dunia yang ku idamkan sa

Haruskah aku terus memikirkan ia


Hari ini...

Mindaku mengimbas kata medula

Pendamku semalam terlepas jua

Memberi ibarat ketam biasa
Mencari cinta di pantai sana

Sampai terjumpa sebentuk permata

Lalu ku galas bersama keringat yang ada


Hari ini...

Rasa bersalah terus menerpa
Patutkah aku melepaskan ia

Walauku tahu ketam itu biasa

Tidak senilai permata bercahaya

Tidak patut ku sekat cahaya indahnya

Hari ini...

Ku merinduinya seperti biasa
Namun ku gagah deretan berbisa

Menongkah beban meredah bahaya
Mengharap akhiran penuh gembira

Walau di dalam banyak terluka


Hari ini...

Ku pohon maaf jika terlebih kata

Aku ini insan biasa

Mempunyai cinta dan tidak melupakan Rabbinya

Namun ku harap semua berbahagia

Semoga sentiasa sihat dan juga ceria...


to be continue...








2 comments:

psikik_gurl said...

jiwang nya...hehehhe...erm..pandai abg buat puisi...memberikan inspirasi kat nor..nor nak wat juga kat blog baru la..hehehe...hanya org yg tertentu je blh baca blog nor tu nanti..ehehhee...

adachadisini said...
This comment has been removed by the author.

Info