SELAMAT DATANG WELCOME

"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang budiman, semua kenyataan yang terdapat di dalam laman ini tidak berniat mengganggu sesiapa.. ilmu adalah untuk dikongsi bersama"

be the first

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SELAMAT DATANG @ WELCOME

Monday, October 25, 2010

Be the 1st to own the latest BlackBerry® Torch™ 9800



HERO TERKINI DUNIA TELEFON TELAH MUNCUL!!

Tahukah anda?..100 pelanggan pertama yang mendaftarkan diri dengan mengikuti pelan Celcom Exec postpaid pada hari ini akan menikmati pelbagai tawaran menarik!

BlackBerry?.. BlackBerry amat sesuai untuk mereka yang aktif dan mahukan kepantasan. Dunia e-mail, telofon dan internet anda akan sentiasa terhubung setiap masa dan di mana-mana sahaja. Bayangkan anda menerima e-mel dari akaun peribadi dan perniagaan, dapat membuka semua lampiran-lampiran e-mail tanpa menghadapi sebarang masalah, mampu melayari laman web kegemaran anda, sentiasa berhubungan dengan individu yang disayangi melalui Instant messaging, panggilan telefon, sms, dan lain-lain lagi yang tidak pernah anda bayangkan!

BlackBerry® Torch™ 9800 ialah sebuah telefon pintar tercanggih, yang pertama seumpamanya dilengkapi papan kekunci BlackBerry® dan skrin paparan sentuh 3.2 inci yang dipercayai dapat mempertingkatkan kepuasan semua lapisan pengguna. Cuba lihat gambarnya;

Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri mempesona seperti:

Pemaksimuman Keupayaan Multimedia

Puaskan hati anda dengan keupayaan 8 GB simpanan memori yang boleh dipertingkatkan sehingga 32GB dengan kad microSD, kemampuannya dengan zoom yang hebat dihujung jari dan pemain muzik yang terkini di mana album penuh boleh dilihat dalam bentuk menegak dan mendatar.

Kamera 5MP

Tersedia dengan lampu flash tercanggih, dilengkapi dengan fokus automatik dan penstabil imej, ditambah lagi 11 mode berlainan dan perekod video yang bersedia merakam saat-saat indah dan penting.

Mengintegrasikan semua laman sosial pengguna.

Kini Facebook, LinkedIn, Buzzd dan lain-lain laman boleh anda kemaskini secara langsung tanpa menghadapi sebarang masalah paparan.

Lebih cepat dan banyak laman yang boleh dilawati.


Mengabungkan semua keupayaan dalam membuka beberapa laman web, dan menandakan laman barang-barang berjenama yang anda minati dengan hanya membuka laman hadapan telefon. Anda masih berpeluang untuk mendapatkannya dengan pelan Celcom Exec postpaid!

Jadilah 100 pelanggan pertama mendaftar untuk membeli BlackBerry® Torch™ 9800 hari ini untuk menikmati segala hadiah promosi yang dinyatakan! Segalanya ada bersama pelan Celcom Exec postpaid!

Barangan percuma yang akan anda dapat,

- Jabra Bluetooth Headset bernilai RM125
- 8GB Micro SD Card bernilai RM68
- Energizer Portable bernilai RM58

Marilah sama-sama menghadiri Majlis Pelancaran Celcom Blackberry Torch 9800!
Ia akan diadakan pada 28 Oktober 2010. Di sana aka nada pelbagai tawaran hebat dan menarik bagi Blackberry Torch jika anda mendaftar dengan Pelan Celcom-Terhad Hanya Di Majlis Pelancaran Sahaja! Selain itu terdapat juga aktiviti menarik, pemberian hadiah dan cenderahati untuk mereka yang bertuah.

Jangan tunggu lagi, untuk maklumat lanjut layari laman di bawah ini:

http://www.celcom.com.my/celcomexec/blackberry/bbtorch9800_register.php

Sunday, October 17, 2010

Discover Malaysia Sign Language - MYSL / BAHASA ISYARAT MALAYSIA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ini adalah untuk merefreshkan semula minda saya kepada bahasa isyarat yang telah saya pelajari dahulu di MYSL Training Centre. Semoga semua isyarat-isyarat yang telah dipelajari akan kekal di dalam kotak memori saya selamanya. Amin. Untuk semua penuntut tadika tangan bergerak, semoga anda semua berjaya dalam kehidupan. Doakan kesejahteraan saya walau di mana sahaja anda berada. Tenaga pengajar di dalam klip ini adalah Cikgu Aman. Selamat mengenali Bahasa Isyarat Malaysia. Terima kasih semua.



ISYARAT BAHASA MELAYU/ MALAY LANGUAGE


ISYARAT BAHASA INGGERIS/ ENGLISH LANGUAGE


ISYARAT DIPLOMA




ISYARAT UNIVERSITI/ UNIVERSITY



ISYARAT FIZIK/ PHYSICS



ISYARAT KIMIA/ CHEMISTRY



ISYARAT KAMUS/ DICTIONARY

Wednesday, October 13, 2010

KPLI 2011

Selamat membuat permohonan untuk semua yang bercita-cita untuk menjadi guru. Semoga berjaya hendaknya...

Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my mulai 11 Oktober 2010.

Atau di sini;

http://kpli.moe.gov.my/application_jan2011/

Permohonan bagi Ambilan Januari 2011 ditutup pada 24 Oktober 2010.

5. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN

5.1

Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah(KPLI-SR) Mod Sepenuh Masa

5.1.1

Sekolah Kebangsaan (SK).

Bil.

Bidang

Bil.

Bidang

1.

Prasekolah

3.

Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan

2.

Bahasa Inggeris

4.

Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan

5.1.2

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Bil.

Bidang

Bil.

Bidang

1.

Prasekolah

9.

Pendidikan Seni Visual

2.

Bahasa Melayu

10.

Pendidikan Jasmani

3.

Bahasa Inggeris

11.

Bimbingan dan Kaunseling

4.

Matematik

12.

Pendidikan Pemulihan

5.

Sains

13.

Kemahiran Hidup

6.

Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

14.

Pendidikan Muzik

7.

Pendidikan Khas Masalah Pendengaran

15.

Pengajian Sosial

8.

Pendidikan Khas Masalah Penglihatan

5.1.3

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Bil.

Bidang

Bil.

Bidang

1.

Prasekolah

9.

Pendidikan Seni Visual

2.

Bahasa Melayu

10.

Pendidikan Jasmani

3.

Bahasa Inggeris

11.

Bimbingan dan Kaunseling

4.

Matematik

12.

Pendidikan Pemulihan

5.

Sains

13.

Kemahiran Hidup

6.

Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

14.

Pendidikan Muzik

7.

Pendidikan Khas Masalah Pendengaran

15.

Pengajian Sosial

8.

Pendidikan Khas Masalah Penglihatan

5.2

Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR)j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)

5.2.1

Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut:

(i) Bahasa Arab

(ii) Pendidikan Islam

(iii) Pendidikan Islam Pendidikan Khas j-QAF

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan : BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
( u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar )
Nombor Telefon :

03-88841260
03-88841254
03-88841253
03-88841371
03-88841235

URUSETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah
Nombor Telefon : 088–236804

URUSETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching, Sarawak

Nombor Telefon : 082 – 258045

Monday, October 11, 2010

COLORFUL LIFE

Warna-warni kehidupan...
Lahirnya indah walau tiada kandungan
Bukan bererti tiada diperlukan
Namun hakikat setiap kejadian
Menjelma ia saat ditakdirkan

Warna-warni kehidupan...
Indahnya dirasa setiap manusia
Setiap terjadi ilham Pencipta
Mencorak dunia hidupan manusia
Harapnya leka tidak sentiasa

Warna-warni kehidupan...
Ada pelbagai corak dirakam
Menghias suasana dunia berlaman
Cantiknya membuah perasaan aman
Buruknya membina batu sempadan

Warna-warni kehidupan...
Berbaris ia tiada berlawanan
Setiap satunya amat diperlukan
Tidak dibuang ianya sebarangan
Kelak serinya ditakuti hilang

Warna-warni kehidupan...
Tulisan hati menerusi butiran
Merakam bicara yang lama disimpan
Berlama sudah tiada tertahan
Akhirnya keluar menghiasi laman

Warna-warni kehidupan...
Untuk diriku membuat rakaman
Corak pemikiran dan juga perasaan
Saat tulisan ini digambarkan
Mengambarkan ketenangan yang masih bertahan

Warna-warni kehidupan...
Untuk diriku melatih kemahiran
Tiada niat mengganggu tatapan
Semua insan dan makhluk tuhan
Memperkaya bahan sumber bacaan...



BABY ITU


"Baby..."
"Baby buat apa..."
"Baby.....oo....baby..."
"He he he..."

Itulah aktiviti harianku dirumah buat masa ini.
Sukaku rasa bila panggilanku dijawab dengan gerakannya.
Tidak pulak ku tahu itu kepalakah, tangankah atau kakikah.
Tapi masa scan ku nampak rupanya itu tangannya atau kakinya yang digerak-gerakkan.

Doaku sentiasa mengiringinya setiap kali solatku.
"Ya Allah sihatkanlah isteriku dan anakku di dalam kandungannya...Amin"
Semoga mereka sentiasa di dalam perlindungan Allah.
Aku sentiasa berserah kepada Allah.




SHIELDING THE FUTURE'S LEADER

Kanak-kanak itu...
Hidupnya baru mengenal erti
Menjelajah sekitar mencari identiti
Terkadang keliru duduknya terhenti
Suka semuanya tiap dijumpa
Bermain dia kekadang terleka
Tiada menghirau apa-apa

Kanak-kanak itu...
Bersih hatinya masih suci
Belum mengerti hidupnya nanti
Makannya bernasib oleh Si pemberi
Tiada tahunya untuk mencari
Jangan biar ia sendiri
Kelak rugi tiada mengerti

Kanak-kanak itu...
Lahirnya tidak pernah terhenti
Membawa panca dan juga hati
Menjadi pewaris singahsana pertiwi
Perlu disedia setiap segi
Agar bijak membawa diri
Kelak besar mengharum duniawi

Shielding the future's leader...
Each human feel Responsibility
Taken the step without disparity
Feel the joy with beautiful hearty
Inherit the loyalty from the elderly
Fell the power with the majority
Petrified constantly the mischievous sprite
The Future will bright to spreading the Right


Info