SELAMAT DATANG WELCOME

"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang budiman, semua kenyataan yang terdapat di dalam laman ini tidak berniat mengganggu sesiapa.. ilmu adalah untuk dikongsi bersama"

be the first

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SELAMAT DATANG @ WELCOME

Friday, May 8, 2009

MAAFKAN SAYA

Maafkan saya...
Saya telah ketinggalan
Rakan taulan telah mula belayar
Namun saya masih di perlabuhan
Menanti bayangan rembulan

Maafkan saya...
Ini adalah ketentuannya
Saya ini hambanya
Tiap yang hidup ada takdirnya
Begitulah agung ciptaan tuhan

Maafkan saya...
Bersalah rasa memang memeritkan
Namun itu proses dunia
Yang tidak pernah menunggu kita
Dan sesekali terpaksa meninggalkan

Maafkan saya...
Lahir dari hati yang dalam
Untuk semua sahabat dan kenalan
Cuba fahami makna dan keadaan
Saya ini hanyalah seorang insan

Maafkan saya...
Semua budi takkan saya lupakan
Hendak dibalas dan bukanlah keberatan
Memulang jasa dan mengukuh ikatan
Selagi hayat itu di dalam badan

Maafkan saya...
Saya pergi membuka laluan
Kelak menjadi jalan pengukuhan
Antara kita dan segala hamba tuhan
Sehingga memperkasa dapat dijelmakan

Maafkan saya...
Harap semua dapat memaafkan
Kiranya hati dapat merasakan
Saya tetap dalam perjuangan
Berjasa bersama makhluk tuhan

Maafkan saya...

Wednesday, April 29, 2009

DI MANA REHAT

Di mana rehat itu...
Saat mencerita tika terlena
Tanpa sedar ada yang melensa
Diri ini terkejam seketika
Menerawang alam tiada hadnya
Mencari selesa menghilang letihnya

Di mana rehat itu...
Menerima ia hati yang redha
Merasa kesian hanya fikiran
Tidur keseorangan tiada berteman
Melintas angin membawa kesejukan
Selimut itu tidak mampu memanaskan

Di mana rehat itu...
Bas usang tiada bernyawa
Meredah jalanan membawa dirinya
Mengembara alam mencari indahnya
Sambil diri terasa penatnya
Lantas tertidur menghilanglah dunia

Di mana rehat itu...
Ungkapan alam tiada jawabnya
Proses terjadi dengan sendirinya
Walau ada yang cuba bertanya
Jawapan terhilang menghias sunyian
Hanya mimpi penghias tidurnya

Di mana rehat itu...
Tertinggalkah sudah masa berlalu
Tiada melengkap seperti kawan itu
Pelbagai terjadi rahsia di hatiku
Ditelan dalam masuk mendiami
Kekal ianya terpahat begitu

Di mana rehat itu...
Hati berterusan ternanti begitu
Tibanya saat semua kan berlaku
Tiada apa menghalang mampu
Namun diri itu terusan membisu
Mencari erti di kalam sunyi itu

Di mana rehat itu...
Membayang syurga tidak pada mimpi
Terusan indahnya sampai ke hati
Hadir sentiasa bersama sayang ilahi
Mencari redha dari sanubari
Meniti dunia menuju abadi

Tuesday, April 7, 2009

CANTIK TANGGA NIE..

Cantik tangga nie...
Bukan bererti mengagumi makhluknya
Menzahir makna pada lukisan biasa
Yang mampu membuat hati berkata
Sambil merenung indah yang ada

Cantik tangga nie...
Ke mana akhir berhenti tujunya
Mencari langit ke berapa yang ada
Sambil meniti tangga yang setia
Tanpa terleka laut di bawahnya

Cantik tangga nie...
Walaupun bengkok namun berdestinasi
Mengharungi awanan meniti cahaya
Ditemani bau bungaan dunia
Sambil mengharap rahmat dan juga keredhaan

Info