SELAMAT DATANG WELCOME

"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang budiman, semua kenyataan yang terdapat di dalam laman ini tidak berniat mengganggu sesiapa.. ilmu adalah untuk dikongsi bersama"

be the first

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SELAMAT DATANG @ WELCOME

Sunday, November 16, 2008

MALAM SIMFONI JEMBALANG

Malam simfoni jembalang telah menakutkan semut-semut yang berada di dewan MYSL. Gambar di bawah ini menunjukkan penulis bersama kumpulan sarkas terkenal yang dijemput khas dari Gua LSYM.Artis-artis LSYM yang turut menjayakan malam simfoni terakhir ini. Mereka merakamkan gambar kenangan terakhir mereka:
Cicak-cicak lari bertempiaran kerana pelbagai muka tak siap yang telah diperagakan di malam itu. Kuman-kuman mati dipijak oleh penari-penari tidak bertauliah yang berjaya memeriahkan suasana sunyi dewan berantu. Di sini dilampirkan pelbagai jembalang-jembalang tanah yang berjaya memasukkan muka tak siap mereka di dalam kamera harga ribu dan kamera harga seposen pun tak lawa. Untuk memberi maklumat kapada warga dunia, aku lampirkan jembalang yang berjaya membuat muka tak siap;
"Ini adalah jembalang yang pertama. Hantu Simpang Lima. Dia di percayai datang dari simpang lima BP. Menjadi presiden kepada semua hantu di sini. Oleh sebab kekurangan kain putih dia telah dipakaikan kain merah yang merupakan cadarnya, nama sebenar bob marley. Nampak gaya dia kesejukan dan mata terbeliak sebab katanya gaya bebas. Dia yang brtanggungjawb mengumpul semua hantu di sini"

"Ini adalah hantu ke-2 iaitu Pontianak Ranting yang tengah keletihan. Tapi sebenarnya adalah cikgu tadikaku yang menyamar menjadi pontianak sebab tak larat mengajarku katanya. Sebenarnya memang dia mengajarku secara free. Dengan menjadi pontianak ranting dia berupaya mendapat pendapatan sekitar 1.50-2.50 sejam dengan bergambar bersama peminat fanatiknya. Nama lain pontianak ranting ini adalah mawk. Selain menjadi pontianak ranting dia juga bergiat aktif dalam persatuan alien seperti dalam kupasan blogku yang lepas. Pontianak ini berasal dari Bukit batu kapur di Gombak. Di malam itu pontianak ini berjaya membawakan beberapa buah lagu yang berjaya membuatkan aku semakin merindui cikgu tadikaku. Dia juga berjaya mengeluarkan air mata ketika ami menyanyikan lagu org puteh. Aku nak nangis juga namun aku tidak faham liriknya. Jadi aku batalkan sahaja air mata yg mahu keluar itu. Di malam itu juga suami cikgu tadikaku menghadirkan diri ke majlis ini untuk memberi sokongan moral dan lensa kepadanya. Bagi menambahkan lagi pendapatannya cikgu tadikaku bersama kawan-kawan aliennya mempersembahkan sebuah sarkas spastik khas untuk penonton yang sememangnya telah kenyang menikmati hidangan menteri pemakanan."
"Ini adalah jembalang yang ke-3 iaitu Hantu Suloh. Dipercayai didatangkan khas dari Sungai Suloh BP pada malam itu. Berjaya menakutkan semua pengujung taman mini simfoni yang masuk ke dalam dewan pada malam itu. Namun Hantu Suloh tidak berjaya menakutkan ahli sarkas pada malam itu kerana mereka datang dari keluarga yang sama. Nama lain Hantu Suloh ini adalah is ataupun is wak kandar. Di sini kelihatan Hantu Suloh sedang meratapi Hantu Surat Khabar yang pura-pura mati. Kain bungkos Hantu Suloh ditempah khas oleh pereka terkenal Beby And The Gang."
"Ini adalah hantu yang ke-4. Juga dikenali sebagai Hantu Witch atau Hantu Kerinting. Tidak diketahui kenapa dia dinamakan sebegitu tetapi menurut ceritanya ada kaitan dengan penyapu dan rambutnya. Ketika ini hantu ini sedang berehat setelah berjaya menyapu bersih semua makanan di dalam dewan. Hantu ini dipercayai berasal dari JB. Hantu ini juga dipercayai mempunyai satu baju t pink yang tidak berkolar katanya, "Itu kan fesyen sekarang". Selain menjadi hantu, Hantu Witch juga berjaya menjadi harimau sarkas yang menakutkan pada malam itu. Di dalam kelas hantu ini tidak mempunyai tempat duduk yang tetap dan suka berpindah dari satu gua ke gua yang lain untuk mencari kawan-kawan hantunya yang juga suka berkeliaran. Nama lain hantu ini ialah irma. Hantu ini baik sebab suka belanja orang"
"Hantu ke-5 ini dipercayai datang dari Muor. Dipanggil juga Hantu Drakula atau Hantu Odahone. Selain menjadi hantu dia juga memegang jawatan sebagai menteri persembahan. Jika pada malam itu ada disediakan hadiah pakaian hantu paling menarik, hantu ini dipercayai mampu membolotnya bersama teman hantunya iaitu Pontianak Chemor. Selain menjadi hantu, Drakula juga menjadi Ketua Sarkas pada malam itu. Drakula juga pandai bermain gitar dan menari. Disini kelihatannya Drakula sedang kepenatan dan sedang memegang sesuatu ditangan kanannya"
"Ini adalah hantu ke-6. Yang juga merupakan pasangan hantu Drakula. Dikenali juga sebagai Pontianak Chemor. Berjaya menakutkan pengunjung dewan yang datang dengan bersembunyi di sebalik tiang batu. Pontianak Chemor berasal dari Perak. Dan dipercayai tinggal di kawasan Batu Kapur tepi lebuhraya ke Ipoh. Ketika lensa kami berjaya merakamnya pontianak ini sedang menambahkan make-up di mukanya untuk menambahkan lagi seram di mukanya. Selain itu pontianak ini juga bergiat aktif dalam pertunjukkan sarkas pada malam itu. Pontianak ini dijangka melangsungkan perkahwinannya bersama Drakula setelah tamat belajar kelak."
"Ini merupakan hantu ke-7. Dikenali sebagai Hantu Bawa Kepala Budak atau pendeknya Hantu Baby. Hantu ini berasal dari Sungai Siput, Perak. Pada malam itu hantu ini juga terlibat di dalam pertunjukan sarkas. Hantu ini sangat pemalu, kelihatannya cuba menyembunyikan wajahnya dari lensa yang dihalakan kepadanya. Hantu ini membawa kepala anak patung yang mawk jumpa di sebuah penempatan di Gua KLH."
"Ini adalah seorang nenek kebayan yang ditangkap oleh penulis ketika sedang menyapu sampah di hadapan rumahnya. Nenek kebayan ini pada mulanya berlakon menjadi hantu mati tergantung. Tetapi oleh kerana bosan menjadi hantu gantung nenek kebayan mengambil keputusan untuk menyapu seluruh kawasan tempat dia berlakon. Katanya dia memang rajin secara semulajadi. Sejak kecil memang tidak boleh dipisahkan dengan penyapu. Penyapu itu pun selalu mengikutnya walau ke mana dia pergi. Lihatlah penyapu itu bersandar di kain batiknya. Penulis hanya mampu bergambar sebentar dengan nenek kebayan kerana dia ada persembahan bersama kumpulan dangdut susu dan kopi dari Palembang. Sebelum beredar nenek kebayan memperkenalkan diri sebagai ana dan berasal dari Pendang. Terima kasih nenek kerana sudi bergambar dengan penulis."
"Ini merupakan hantu ke-10,ke-11 dan ke-12 yang lebih dikenali sebagai hantu 3 bersaudara. Menurut hantu ini, mereka akan melalui tiga peringkat perubahan, iaitu biasa, hodoh dan buruk giler. Di sini dapat diperhatikan 3 peringkat perubahan 3 hantu bersaudara. Yang muda kelihatan masih menyerupai orang. Yang remaja sudah menunjukkan tahap hantu dipermukaan kening yang semakin hodoh dan yang terakhir tahap dimana mereka akan susah dikenali iaitu tahap buruk giler nak mampus. Pada tahap ini tiada siapa yang dapat mengenali mereka termasuk pihak polis mahupun ibu bapa kerana tahap perkembangan hodoh yang berlaku. Untuk makluman mereka dikenali Hantu 3 Tahap. Mereka terdiri daripada Azira dari Kedah (tengah), Norazlina dari Pahang (kanan) dan Cik Lina Idayu dari Kuala Terengganu."
"Ini merupakan hantu ke 13 iaitu hantu bertopeng yang paling comel pada malam itu. Walaupun majlis telah berakhir namun hantu ini berjaya membuat pose paling istimewanya bagi tatapan kawan-kawannya. Kalau tidak percaya cuba cari pose hantu yang lain yang bole menandingi gaya ini. Hantu ini didatangkan khas dari Gunung Kinabalu. Rumahnya betul-betul di atas puncak gunung. Dipercayai juga buat kali pertama turun dari gunung untuk menghadiri pesta ini. Hantu ini juga dikenali sebagai Ain berasal dari Kuching, Sarawak."



"Ini merupakan hantu ke-14,ke-15, ke-16,ke-17 dan ke-18. Dikenali juga sebagai Hantu Gelek. Kumpulan hantu ini mendendangkan tarian tradisional gelek kubur dari versi kubur yang berlainan daerah. Ia terdiri daripada (dari kiri) Azrul dari Temerloh, Jaja dari Kota Bharu, Kak Liza dari BP, Norhajar dari Chemor dan Julian dari Sungai petani."


Setelah penat menari Hantu Gelek menyertai semula gang hantu serumahnya. Mereka kini dikenali sebagai Hantu Rambut Hijau. Mereka adalah hantu ke-19, ke-20 dan ke-21. Mereka mendapat gelaran ini kerana suka makan pucuk-pucuk kayu yang berwarna hijau sahaja ketika berada di kampung. Mereka terdiri daripada (dari kiri) Azrul dari Temerloh, Khalid dari Kota Tinggi, En Nizam dari Kota Tinggi dan Asrul dari Muor.
"Ini merupakan hantu ke-22, ke-23, ke-24, ke-25, ke-26, ke-27 dan ke-28. Di sini juga kelihatan Hantu 3 Bersaudara menumpang sekaki bergambar dengan teman hantu yang lain. Agak sukar untuk mengenalpasti hantu yang terdapat di dalam gambar ini tetapi penulis akan cuba sebaik mungkin. (Dari kiri) Hantu Kecik atau dikenali sebagai Maziah dari Kelantan. Hantu Cik Shay atau Shahidah Salwa dari Wakaf Baru. Hantu Puan ain dari Kuala Kangsar. (Hantu 3 Bersaudara). Hantu Kimono atau Mizawa dari Sungai Petani. Hantu Brutal atau Shariah Merah dari Panching. Hantu Sarang labah-labah atau Nini dari Pasir Putih dan terakhir sekali Hantu Minangkabau atau Nana dari Negeri Sembilan.
Di antara mereka yang terselamat dari menjadi mangsa-mangsa hantu pada malam itu. Dari kiri Philip dari Ipoh, Cik Jenny Moo, Cik Syazwani & Syazwana, adik baju coklat, Santa Bahadur dari Ampang dan Cik Syikin. Terima kasih kerana memberikan sokongan anda walaupun mengetahui kami merupakan hantu yang tidak mungkin dapat menjadi seperti anda. Anda tetap insan istimewa bagi kami. Dan kami sememangnya ikhlas untuk membantu anda sedaya mungkin yang termampu. Insyallah.

"Sesungguhnya malam ini merupakan malam terakhir kami bersama meraikan kejayaan kami bertahan di dunia LSYM yang penuh cabaran dan dugaan ini. Walaupun ramai sahabat kami yang telah lama gugur di medan pertempuran namun kami masih di sini menyahut segala seruan itu. Walaupun pada zahirnya kami bergembira namun air mata sering menemani jiwa hantu-hantu ini", begitulah sebahagian kata-kata mereka yang menangis di dalam gambar ini. Untuk makluman semua salah seorang yang menangis ini juga telah memenangi hadiah pelakon hantu terbaik dalam bahagian artis LSYM yang paling happening. Ingatlah sahabat kenangan terakhir ini akan dibawa bersama di dalam lipatan kenangan peribadi kita semua, InsyAllah ."

CIKGU TADIKAKU

Inilah dia sebenarnya cikgu tadikaku. Yang mengajarku erti dunia blog OKU. Walaupun dirinya begitu aku tetap sayang mereka yang telah mendapat pelbagai Hadiah dan pingat kebesaran. Terutama sekali di malam sambutan dunia hitam yang lepas. Pesanku buat cikgu, "cikgu...o...cikgu...greasemonkey kirim salam kat cikgu...dia tanya apasal tak bole guna pun cikgu...takpelah cikgu...nanti kita bagi greasemonkey tu mkn pisang ye cikgu...huhuhu" Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan agar mereka berdua bahagia selalu dan jangan lupakan aku walau dimana diri mereka berdua berada. Aku tetap akan sayang mereka walau mereka tidak sayang aku. Aku tetap akan mengingati muka mereka berdua walaupun kekadang aku tak tahan hendak meleleh air mata dan perut melihat gambar ini. Kesimpulannya, aku sayang cikgu aku kerana mereka yang mengajarku. Bukan orang lain itu. Mereka yang banyak mengacauku juga walaupun aku duduk di sebelah mereka. Aku pun tak tahu nak tulis apa lagi la. Yang penting aku harap semua orang ingat gambar cikgu tadikaku ini. Jika kamu terjumpa mereka di mana-mana sila dail 999 supaya polis boleh tangkap mereka kerana mereka ini sebenarnya alien..hua..hua..hua...hua...huhuhuhu.

Saturday, November 15, 2008

DIRIKU MULAI RINDU

Diriku mulai rindu...
Menetap niat luhurnya hatiku
Menyembah Rabbi yang Maha satu
Hati ku serah dengan penuh syahdu
Menunduk rakaat seikhlas khusyukku
Merayu redha dari Tuhanku
Diriku mulai rindu...
Menggenang nabi utusan ke dunia
Menyebar kalimah yang tinggi ilhamnya
Tanpa syak dan juga wahamnya
Menebar berkat penuh di dada
Mengajak ke arah tuhan yang esaDiriku mulai rindu...
Mengikut alam ciptaan bersifat baharu
Berkembang mekar sabannya waktu
Semerbak haruman sepinya berlagu
Menerima takdir ketentuannya itu
Yang semestinya tidak kekal saja begituDiriku mulai rindu...
Memikir nasib umat duniaku
Pelbagai ragam dan juga bersuku
Mencorak perasaan dan juga perilaku
Menghabis sisa-sisa umur yang kaku
Menanti tibanya malaikat izrailku
Diriku mulai rindu...
Mengenang diri ayah dan ibu
Merentas masa dan juga waktu
Membesarkanku cukup tanpa ragu
Jauh di sana tidak jemu menungguku
Mengirim berita menjadi ilham resmikuDiriku mulai rindu...
Mengenang jasa yang pernah mengajarku
Menambah mahirnya dan juga ilmu
Pelbagai destinasi dari tadika ke U
Merentas lautan yang penuh pelaku
Merakam dunia membentuk ideaku
Diriku mulai rindu...
Meninggal kolej menaiki kereta kak ti ku
Bersesat jalan hingga ku tak tahu
Berhenti tepi tinggi sungguh jalan itu
Rosak tidak namun kuat geselan tar itu
Mengeluarkan peta namun tidak juga tentuDiriku mulai rindu...
Terngiang suara mejar yang telah berlalu
Kenangan indah di seminar itu
Parlimen ku redah matlamat yang satu
Bentong akhirnya tempat beradu
Bersama rakan dan taulan expresskuDiriku mulai rindu...
Mengenang kawan dan juga sahabatku
Menghabis belajar kali ke berapa untukku
Menuju ke bandar, kampung meternya beribu
Menggalas tanggungjawab yang nampaknya perlu
Mencari sesuap nafkah hidup duniakuDiriku mulai rindu
Duduk kerusi kiri dan terbelakang itu
Sejak masuk dari sem satu
Di teman kawan yang gila itu
Coretan perlu untuk diriku
Akhir sem itu, beby, mawk dan kak su ku
Diriku mulai rindu...
Mengenang tugas setiap pagiku
Attendance ku ambil staf merapu
Namun anak buahku tidaklah begitu
Menyinar pagi melakon apa yang perlu
Mengakhir jamuan hadiah beribu
Diriku mulai rindu...
Saat merakam Puchong Garden maksudku
Dikaulah teman dan juga hantu
Malam membawa perut laparku
Merasa sesuap tom yam mu itu
Bercerita sakan kamera yang ribu
Diriku mulai rindu...
Makan diwarung sebelah anak makcik baju biru
Merakam ketawa dan menangis itu
Menuju tebing yang penuh semalu
Merakam memori kawan sampai mati itu
Walau yang jadi hanyalah satuDiriku mulai rindu...
Mengenang 10-8 nombor bilikku
Memperoleh sinar dunia yang baharu
Mengenal sunyi pelbagai budayamu
Meninggi tidur melihat lebuh itu
Malam yang bercahaya neon beribuDiriku mulai rindu...
Merenung masa laju meninggalku
Merempit alam tanpa had laju
Menanti tika bila akhirnya waktu
Mengingat kembali semuanya itu
Peristiwa indah yang hanya satu
Diriku mulai rindu...
setiap saat dan juga waktu
Meresap jauh ke dalam jiwaku
Menghilang fikiran dan juga pandanganku
Mensesak nafas dalam dadaku
Cuba menerima semua takdir ituDiriku mulai rindu...
Semua teman seperjuanganku
Senyum dan tawa hiasan wajahmu
Tidak sekali meninggalkan memoriku
Menetap kukuh di dalam ingatanku
Memberkas padu dalam hatiku
Diriku mulai rindu...
Menyepi SL mencoret blogku
walaupun mulutku penuh membisu
Namun rasa hatiku tuhan yang tahu

(Buat temanku semua
aku sayang kamu)
16 nov Ahad
2ptg
S.L.

Friday, November 14, 2008

PABILA SYAHBANDAR MELAKARKAN TINTANYA
























Syahbandar mendapat mandatnya jua
Tinta di genang mencurah maksudnya
Mengumpul jumlah rakyat jelata yang punya
Berkira sudah 800.00 jumlahnya

Maka berduyun yang berpangkat lagak gayanya
Si demikian beginilah juga habisnya

Meraih protokol mengadap suratnya
Suhaiti pula nama gerangannya
Bertarikh 6 november bulannya
Meminta emas duit dapatnya
Mendapat 100.00 pulang ke halamannya
Habis membeli memulang tanggungjawabnya
Belanja 81.20 kemudian selesai perinya
Sekarang 18.80 ditangan syahbandar sudah ianya

Menteri Dewan datanglah pula
Nana dan ain empunya pangkat
Meminta 130 untuk belanja
Memberi sudah datang bilnya
Jumlah labur semua 125.40 pula
Maka 4.60 adalah pulangannya

Menghadap syahbandar di lewat usia
Membawa hajat meminta 50.00
Atas alasan menteri pemakanan ianya
Mendapat sudah lama kiranya
Habis 33.50 maka baki dipulangnya
Namun sampai syahbandar 0.50 kupang sahaja
Maka yang lainnya Ketua Shiela tanggungjawabnya
Sebagai fakta 16.50 baki sebenarnya

Datang hamba terakhir membawa berita
Menteri Hadiah meminta banyaknya
Suhaili Salleh jika tidak silap empunya
Jumlah 360.00 dibayar sudahnya
Maka berita tiada datangnya
Entahkan mati entahkan hidup dirinya
Menunggu syahbandar duit pulangannya

Maka penutup persembahan pula
Wan odah nama panggilannya
Diberi 130.00 jumlah semua
Dicampur juga mawk yang disimpannya
Maka cukup belum la pula
Menunggu baki menteri yang lambatnya

Tapi datang teknikal tiadalah lupa
Membeli bateri 5.50 sahaja
Mengganti dalam untuklah kuasa
Setelah ditanya poji memberi resitnya
Malas dikata kerana anak didik hamba juga
Putih jua kumpulan kesukaannya

Maka syahbandar mengiralah semula
Mengaudit hasil yang tinggalnya jua
Menolak harga beli sudahnya
Menolak nilai yang empunya ketua
Menambah dapatan pemberiannya menterinya
Maka akhirnya 48.90 jumlahnya

Hehehe...kata syahbandar menyiapkan tintanya
Mana duit woi ko nak simpan sampai bila
Aku keriskan engkau baru tahu deri cendanapura
Menjemput tidak menentang tak patah jua
Menyimpan dalam merasa juga
Hikmat terakhir pahlawan buana..

Kisah habisnya tidaklah sahaja
Terdengar berita kuranglah enaknya
Rakyat gempita menyiar Riasa
Menyalah makhluk yang mengambar suana
Hai dimana ketuanya daerah Hapena
Memaksi cara menggegar Bentara

Menenteram cuba tidaklah jaya
Menembak jiwa luluh nilainya
Gemerlap tampar menerbang jua
Mampusa engkauna makianti beapakau lah jua
Babesat incauy ikmak pecit titlah ikpes
Sekpak tatanpu hacep iared

Syahbandar membahasa tidaklah fahamnya
Loghat hambanya yang tiada kamusnya
Menguruh dada menerkam pembuluh
Menilai makna tiada sudahnya
Melerai cerita menghilang rasa
Menyebar udara ruang yang ada..

Syahbandar menunggu lama saatnya
Menyambung cerita entahkan ke bila
Cuba menyiap mandat sahnya jua
Pengakhiran cerita di dalam ragamnya
Sambil melihat Congkak ati yang buka
Dikala Merangka rembesan minda yang ada...

Syahbandar berasa tersangatlah suka
Hari di tunggu telahpun tiba
Menteri Hadiah menghadap terpaksa
Menyerah cukai yang kering sudah
Memberi resit yang pelbagai gundah
Akhirnya 5.00 bertukar tangan payah

Berangkat syahbandar ke kota Drakula
Menyerah 55.00 sebagai tambahan
Melihat hambanya sedang bersantapan
Setelah menyiap tugas yang perlu telitian
Ditemani raksasa yang bersulohan
Di dalam gua yang berselerakkan

Syahbandar menunggu tetap menunggu
Menyiap laporan yang hanya kaku
ditemani laptop yang hanya satu..

Info