SELAMAT DATANG WELCOME

"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang budiman, semua kenyataan yang terdapat di dalam laman ini tidak berniat mengganggu sesiapa.. ilmu adalah untuk dikongsi bersama"

be the first

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SELAMAT DATANG @ WELCOME

Friday, November 14, 2008

PABILA SYAHBANDAR MELAKARKAN TINTANYA
























Syahbandar mendapat mandatnya jua
Tinta di genang mencurah maksudnya
Mengumpul jumlah rakyat jelata yang punya
Berkira sudah 800.00 jumlahnya

Maka berduyun yang berpangkat lagak gayanya
Si demikian beginilah juga habisnya

Meraih protokol mengadap suratnya
Suhaiti pula nama gerangannya
Bertarikh 6 november bulannya
Meminta emas duit dapatnya
Mendapat 100.00 pulang ke halamannya
Habis membeli memulang tanggungjawabnya
Belanja 81.20 kemudian selesai perinya
Sekarang 18.80 ditangan syahbandar sudah ianya

Menteri Dewan datanglah pula
Nana dan ain empunya pangkat
Meminta 130 untuk belanja
Memberi sudah datang bilnya
Jumlah labur semua 125.40 pula
Maka 4.60 adalah pulangannya

Menghadap syahbandar di lewat usia
Membawa hajat meminta 50.00
Atas alasan menteri pemakanan ianya
Mendapat sudah lama kiranya
Habis 33.50 maka baki dipulangnya
Namun sampai syahbandar 0.50 kupang sahaja
Maka yang lainnya Ketua Shiela tanggungjawabnya
Sebagai fakta 16.50 baki sebenarnya

Datang hamba terakhir membawa berita
Menteri Hadiah meminta banyaknya
Suhaili Salleh jika tidak silap empunya
Jumlah 360.00 dibayar sudahnya
Maka berita tiada datangnya
Entahkan mati entahkan hidup dirinya
Menunggu syahbandar duit pulangannya

Maka penutup persembahan pula
Wan odah nama panggilannya
Diberi 130.00 jumlah semua
Dicampur juga mawk yang disimpannya
Maka cukup belum la pula
Menunggu baki menteri yang lambatnya

Tapi datang teknikal tiadalah lupa
Membeli bateri 5.50 sahaja
Mengganti dalam untuklah kuasa
Setelah ditanya poji memberi resitnya
Malas dikata kerana anak didik hamba juga
Putih jua kumpulan kesukaannya

Maka syahbandar mengiralah semula
Mengaudit hasil yang tinggalnya jua
Menolak harga beli sudahnya
Menolak nilai yang empunya ketua
Menambah dapatan pemberiannya menterinya
Maka akhirnya 48.90 jumlahnya

Hehehe...kata syahbandar menyiapkan tintanya
Mana duit woi ko nak simpan sampai bila
Aku keriskan engkau baru tahu deri cendanapura
Menjemput tidak menentang tak patah jua
Menyimpan dalam merasa juga
Hikmat terakhir pahlawan buana..

Kisah habisnya tidaklah sahaja
Terdengar berita kuranglah enaknya
Rakyat gempita menyiar Riasa
Menyalah makhluk yang mengambar suana
Hai dimana ketuanya daerah Hapena
Memaksi cara menggegar Bentara

Menenteram cuba tidaklah jaya
Menembak jiwa luluh nilainya
Gemerlap tampar menerbang jua
Mampusa engkauna makianti beapakau lah jua
Babesat incauy ikmak pecit titlah ikpes
Sekpak tatanpu hacep iared

Syahbandar membahasa tidaklah fahamnya
Loghat hambanya yang tiada kamusnya
Menguruh dada menerkam pembuluh
Menilai makna tiada sudahnya
Melerai cerita menghilang rasa
Menyebar udara ruang yang ada..

Syahbandar menunggu lama saatnya
Menyambung cerita entahkan ke bila
Cuba menyiap mandat sahnya jua
Pengakhiran cerita di dalam ragamnya
Sambil melihat Congkak ati yang buka
Dikala Merangka rembesan minda yang ada...

Syahbandar berasa tersangatlah suka
Hari di tunggu telahpun tiba
Menteri Hadiah menghadap terpaksa
Menyerah cukai yang kering sudah
Memberi resit yang pelbagai gundah
Akhirnya 5.00 bertukar tangan payah

Berangkat syahbandar ke kota Drakula
Menyerah 55.00 sebagai tambahan
Melihat hambanya sedang bersantapan
Setelah menyiap tugas yang perlu telitian
Ditemani raksasa yang bersulohan
Di dalam gua yang berselerakkan

Syahbandar menunggu tetap menunggu
Menyiap laporan yang hanya kaku
ditemani laptop yang hanya satu..

No comments:

Info