SELAMAT DATANG WELCOME

"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang budiman, semua kenyataan yang terdapat di dalam laman ini tidak berniat mengganggu sesiapa.. ilmu adalah untuk dikongsi bersama"

be the first

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SELAMAT DATANG @ WELCOME

Friday, November 14, 2008

PABILA SYAHBANDAR MELAKARKAN TINTANYA
























Syahbandar mendapat mandatnya jua
Tinta di genang mencurah maksudnya
Mengumpul jumlah rakyat jelata yang punya
Berkira sudah 800.00 jumlahnya

Maka berduyun yang berpangkat lagak gayanya
Si demikian beginilah juga habisnya

Meraih protokol mengadap suratnya
Suhaiti pula nama gerangannya
Bertarikh 6 november bulannya
Meminta emas duit dapatnya
Mendapat 100.00 pulang ke halamannya
Habis membeli memulang tanggungjawabnya
Belanja 81.20 kemudian selesai perinya
Sekarang 18.80 ditangan syahbandar sudah ianya

Menteri Dewan datanglah pula
Nana dan ain empunya pangkat
Meminta 130 untuk belanja
Memberi sudah datang bilnya
Jumlah labur semua 125.40 pula
Maka 4.60 adalah pulangannya

Menghadap syahbandar di lewat usia
Membawa hajat meminta 50.00
Atas alasan menteri pemakanan ianya
Mendapat sudah lama kiranya
Habis 33.50 maka baki dipulangnya
Namun sampai syahbandar 0.50 kupang sahaja
Maka yang lainnya Ketua Shiela tanggungjawabnya
Sebagai fakta 16.50 baki sebenarnya

Datang hamba terakhir membawa berita
Menteri Hadiah meminta banyaknya
Suhaili Salleh jika tidak silap empunya
Jumlah 360.00 dibayar sudahnya
Maka berita tiada datangnya
Entahkan mati entahkan hidup dirinya
Menunggu syahbandar duit pulangannya

Maka penutup persembahan pula
Wan odah nama panggilannya
Diberi 130.00 jumlah semua
Dicampur juga mawk yang disimpannya
Maka cukup belum la pula
Menunggu baki menteri yang lambatnya

Tapi datang teknikal tiadalah lupa
Membeli bateri 5.50 sahaja
Mengganti dalam untuklah kuasa
Setelah ditanya poji memberi resitnya
Malas dikata kerana anak didik hamba juga
Putih jua kumpulan kesukaannya

Maka syahbandar mengiralah semula
Mengaudit hasil yang tinggalnya jua
Menolak harga beli sudahnya
Menolak nilai yang empunya ketua
Menambah dapatan pemberiannya menterinya
Maka akhirnya 48.90 jumlahnya

Hehehe...kata syahbandar menyiapkan tintanya
Mana duit woi ko nak simpan sampai bila
Aku keriskan engkau baru tahu deri cendanapura
Menjemput tidak menentang tak patah jua
Menyimpan dalam merasa juga
Hikmat terakhir pahlawan buana..

Kisah habisnya tidaklah sahaja
Terdengar berita kuranglah enaknya
Rakyat gempita menyiar Riasa
Menyalah makhluk yang mengambar suana
Hai dimana ketuanya daerah Hapena
Memaksi cara menggegar Bentara

Menenteram cuba tidaklah jaya
Menembak jiwa luluh nilainya
Gemerlap tampar menerbang jua
Mampusa engkauna makianti beapakau lah jua
Babesat incauy ikmak pecit titlah ikpes
Sekpak tatanpu hacep iared

Syahbandar membahasa tidaklah fahamnya
Loghat hambanya yang tiada kamusnya
Menguruh dada menerkam pembuluh
Menilai makna tiada sudahnya
Melerai cerita menghilang rasa
Menyebar udara ruang yang ada..

Syahbandar menunggu lama saatnya
Menyambung cerita entahkan ke bila
Cuba menyiap mandat sahnya jua
Pengakhiran cerita di dalam ragamnya
Sambil melihat Congkak ati yang buka
Dikala Merangka rembesan minda yang ada...

Syahbandar berasa tersangatlah suka
Hari di tunggu telahpun tiba
Menteri Hadiah menghadap terpaksa
Menyerah cukai yang kering sudah
Memberi resit yang pelbagai gundah
Akhirnya 5.00 bertukar tangan payah

Berangkat syahbandar ke kota Drakula
Menyerah 55.00 sebagai tambahan
Melihat hambanya sedang bersantapan
Setelah menyiap tugas yang perlu telitian
Ditemani raksasa yang bersulohan
Di dalam gua yang berselerakkan

Syahbandar menunggu tetap menunggu
Menyiap laporan yang hanya kaku
ditemani laptop yang hanya satu..

Monday, November 10, 2008

BILA TIBA SAATNYA NANTI

Bila tiba saatnya nanti...
Izinku pinta relakan ku pergi
Mencari erti akhirat nanti
Membuka pintu saatnya mati
Menyambut sayang kasih ilahi

Bila tiba saatnya nanti...
Bacakan yasin setiap hari
Sedekahkan fatihah pintaku ini
Rahmati aruah yang baru ini
Mendamba rahmat dari ilahi

Bila tiba saatnya nanti...
Sempurnakan daku sepenuh hati
Tetapkan daku di dalam wudhuk ini
Menghadap penciptaku Ya Rabbi
Menyembah sujud di Sirat nanti

Bila tiba saatnya nanti...
Hilang segala kasih duniawi
Menghilang ghaib entahkan pergi
Menetap tidak di dalam hati
Memberkas dalam tidak sekali

Bila tiba saatnya nanti...
Mengedit Aku Bukan Rockstar tidak lagi
Membiarkan masa membawanya pergi
Memberi sesuatu erti
Sebagai amalan tinggalan ini

Bila tiba saatnya nanti...
Ku tinggal kasih kenangan ini
Untuk semua yang belum kembali
Menyata kasih yang tidak pernah padam ini
Agar semua mengingatku yang telah pergi

Bila tiba saatnya nanti...
Harapan baik di dalam ini
Menjawab soalan yang telah pasti
Mendapat balasan yang memberi erti
Menunggu kiamat yang tidak kunjung lagi

Bila tiba saatnya nanti...
Berkumpul semua tidak kecuali
Menimbang apakah segalanya peri
Menyambut cahaya yang kekal abadi
Mencari kenikmatan syurga hati

Bila tiba saatnya nanti...
Kiraan habis telah didatangi
Melintas sudah telahnya tadi
Pintu syurga telahku bukai
Melihat indah ciptaanya untuk dirasai

Bila tiba saatnya nanti...
Saat tidak akan ku tinggali
Mencari berhenti tidak sekali
Kasih hati yang mungkin dijumpai
Meminta sayang kekasih hati

Bila tiba saatnya nanti...
Mahligai itu harapanku nikmati
Bersama bidadari Insyallah nanti
Sambil menanam di dalam hati
Menunggumu di akhirat kekal abadi
Di kaulah kasihku redhaku Ya Rabbi


"Buat semua yang mengenali"
Isnin, 10 Nov 2008
10.25-10.40mlm
S.L.


Sunday, November 9, 2008

KELAS 1 MINIT

Hari nie cikgu ku MAWK dipaksa untuk mengajarku bab Smiley. Walaupun hanya seminit namun oleh kerana keteroran aku, pengajaran tersebut dapat ditangkap oleh aku dengan menggunakan hikmat tahap pertama sekolah tadika. Di bawah ini diperturunkan praktikal pertama cuba ku buat setelah habis pengajaran tersebut;

sad smileys
Aku berasa kasihan dengan diri smiley tu keseorangan jadi aku buat smiley lagi agar dia bole berkawan setelah aku offline nanti. Di sini aku buat satu lagi;
unhappy smileysTiba-tiba aku teringat kawanku yang menjadi model rambut di sebuah sekolah tadika. Di sini aku membuat satu lagi smiley yang mengikut gayanya. Kata smiley nie dia nak ikut gaya rambut tersebut;
unhappy smileysUntuk sesiapa yang teringin belajar ilmu ini jangan lupa menghantar permohonan anda ke Cikgu tadika ku yang beralamat berikut, http://mawkbunkbed.blogspot.com/

Saturday, November 8, 2008

HARI INI


Hari ini sungguh sunyi
Televisyen kuat tidak didengari
Suara itu bagaikan tiada
Nyanyian bersulam indah tiada bermakna
Tapi hati pelbagai kata

Hari ini sungguh sunyi
Menemani hati dipenuhi sepi
Ragam minda mencari-cari
Suatu makna kehidupan bersendiri
Tiada komitmen rahsia hati

Hari ini sungguh sepi
Sejuk terasa menusuk Sang kaki
Menghembus ruang yang tidak bertepi
Dari alat yang terpasang rapi
Indahnya perasaan ini

Hari ini sungguh sunyi
Tiada renggekan dari si kecil
Tiada belaian dari permaisuri
Namun tahu helahan hati
Mendamba sesuatu yang belum pasti

Hari ini sungguh sunyi
Menunggu masa berlalu pergi
Melayari laman mencari erti
Merakam saat menerusi hati
Melihat alam impian dipenuhi

Hari ini sungguh sunyi
Menghilang gundah menetap sepi
Permainan hati perlu disedari
Walau jam berterusan lagi
Namun komputer ini perlu dihenti

Hari ini sungguh sunyi
Mengubat hati yang mahu dikasihi
Menyerah hati pada Rabbi
Mendamba kasih dari ilahi
Menuruni lembah dunia hakiki
Merafak kasih dari Maha Suci

Hari ini sungguh sunyi
Namun hati sedar lagi
Itu semua ketetapan ilahi
Menduga makhluk di alam ini
Mencari keredhaan dari Ya Rabbi

"Salam sayang untuk semua"
Ahad/ 9 November 2008
3.00 petang
S.L.



Friday, November 7, 2008

SEMALAM DI PUNCAK BUKIT

Semalam di puncak bukit...
Membina laluan penuh rahsia
Peri batuan SL bertukar suasana
Jemputan si dua perkawanan tercomel
Membawa bersama persahabatan kota


Semalam di puncak bukit...
Menempah kuda bertirai kaca
Perasaan muda menen
gelami jiwa
Menemani rakan membelah kota
Pencarian damai di ruang sana


Semalam di puncak bukit...
Mencari rezeki di penghujung kota
Mengisi perut menghilai tawa
Resah di lontar mencari makna
Indahnya dunia melilau mata


Semalam di puncak bukit...
Membina bahan meracau
jiwa
Menghujung bicara membina suasana
Merasa keadaan gurauan sementara
Merakam kenangan membina minda


Semalam di puncak bukit...
Berkayuh ke denai tepian dunia
Membelah hitaman dengan cahaya
Jaga diredah menuju akhirnya
Memberi alasan pengambaran dunia

Semalam di puncak bukit...
Berderai air mata
Menghias wajah yang ceria
Menyelami jiwa dan merasa
Insan jua berhati biasa

Semalam di puncak bukit...
Mencari panorama pelengkap kamera
Neon jalan dipandang merantai raya
Mengira rumah kuning bercahaya
Bintang tetap menjadi saksinya

Semalam di puncak bukit
Sungguh nyaman hawanya

Kelkatu cahaya riang tertawa
Membaris ragam membina cahaya
Fokus jangan gerak, peri katanya

Semalam di puncak bukit
Mempraktik ilmu di dada

Membawa kawan bersama
Tanpa marah tawa keluarga
Membelok dunia pesona kereta

Semalam di puncak bukit
Kenangan indah mengusik jiwa
Merasa cahaya neon di kota
Senyum di wajah melerai lara
Semoga semua sihat dan ceria selamanya

Semalam di puncak bukit

Kasih persahabatan rahsia dunia
Kenangan dibina diari dunia
Membentuk corak akhir cerita
Satu ketetapan dari takdir yang esa


"Salam buat rakanku yang di tercinta
Semoga kalian sentiasa berbahagia sayang kamu semua"
Sabtu/8.Nov.2008
12.00 Tengahari
S.L.

Thursday, November 6, 2008

PILIHAN

Pilihan merupakan satu proses yang memerlukan pengertian. Sepanjang hidupku pelbagai pilihan telah ku lakukan. Dalam membuat pemilihan aku memang telah menerapkan agar tidak perlu kesal dengan setiap pilihan yang telah ku buat. Aku hanya membuat pilihan namun ketentuan tersebut telah pun lama tertulis buatku. Aku cuma hambanya yang cuba membuat yang terbaik sebagai khalifahnya. Walaupun ia sekadar memilih jawapan samaada A,B,C,D, namun pilihan tersebut telah banyak mencorak hidupku ini. Layaknya seperti rerama yang terbang mengikut alunan angin sambil melihat lambaian bebunga yang indah menghiasi taman. Kekadang singgah sebentar untuk mendapatkan titisan madu bagi mengisi nikmat rezeki untuk meneruskan kehidupan harian yang akan berakhir di akhirat kelak.

Monday, November 3, 2008

MIMPIKU


DIARI HARI NIE....
Malam tadi aku mimpi memancing di sebuah tasik. Aku berjaya mendapat seekor ikan seperti ikan haruan yang besar. Aku melepaskan semula, tapi peliknya aku menariknya semula ke darat. Akhirnya aku takut akibat daripada perbuatanku seseorang akan marah. Aku tidak faham mimpiku itu...
Pagi seperti biasa aku bangun awal, setelah siap semuanya aku ke SL. seperti biasa membuka email untuk memeriksa jikalau ada yang perlu dibalas...

Info