SELAMAT DATANG WELCOME

"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang budiman, semua kenyataan yang terdapat di dalam laman ini tidak berniat mengganggu sesiapa.. ilmu adalah untuk dikongsi bersama"

be the first

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SELAMAT DATANG @ WELCOME

Friday, November 7, 2008

SEMALAM DI PUNCAK BUKIT

Semalam di puncak bukit...
Membina laluan penuh rahsia
Peri batuan SL bertukar suasana
Jemputan si dua perkawanan tercomel
Membawa bersama persahabatan kota


Semalam di puncak bukit...
Menempah kuda bertirai kaca
Perasaan muda menen
gelami jiwa
Menemani rakan membelah kota
Pencarian damai di ruang sana


Semalam di puncak bukit...
Mencari rezeki di penghujung kota
Mengisi perut menghilai tawa
Resah di lontar mencari makna
Indahnya dunia melilau mata


Semalam di puncak bukit...
Membina bahan meracau
jiwa
Menghujung bicara membina suasana
Merasa keadaan gurauan sementara
Merakam kenangan membina minda


Semalam di puncak bukit...
Berkayuh ke denai tepian dunia
Membelah hitaman dengan cahaya
Jaga diredah menuju akhirnya
Memberi alasan pengambaran dunia

Semalam di puncak bukit...
Berderai air mata
Menghias wajah yang ceria
Menyelami jiwa dan merasa
Insan jua berhati biasa

Semalam di puncak bukit...
Mencari panorama pelengkap kamera
Neon jalan dipandang merantai raya
Mengira rumah kuning bercahaya
Bintang tetap menjadi saksinya

Semalam di puncak bukit
Sungguh nyaman hawanya

Kelkatu cahaya riang tertawa
Membaris ragam membina cahaya
Fokus jangan gerak, peri katanya

Semalam di puncak bukit
Mempraktik ilmu di dada

Membawa kawan bersama
Tanpa marah tawa keluarga
Membelok dunia pesona kereta

Semalam di puncak bukit
Kenangan indah mengusik jiwa
Merasa cahaya neon di kota
Senyum di wajah melerai lara
Semoga semua sihat dan ceria selamanya

Semalam di puncak bukit

Kasih persahabatan rahsia dunia
Kenangan dibina diari dunia
Membentuk corak akhir cerita
Satu ketetapan dari takdir yang esa


"Salam buat rakanku yang di tercinta
Semoga kalian sentiasa berbahagia sayang kamu semua"
Sabtu/8.Nov.2008
12.00 Tengahari
S.L.

1 comment:

BUNK BED said...

pakcik jgn bgtau aku yg syair ni ko copy paste dr memane..sbb aku fhm setiap patah perkataan yg tercoret dlm syair ni....i knew u wrote tis..
thanks for tis friendship.. :(
selamat tinggal pakcik dan kawan-kawan..

love
mawk

Info