Pilihan merupakan satu proses yang memerlukan pengertian. Sepanjang hidupku pelbagai pilihan telah ku lakukan. Dalam membuat pemilihan aku memang telah menerapkan agar tidak perlu kesal dengan setiap pilihan yang telah ku buat. Aku hanya membuat pilihan namun ketentuan tersebut telah pun lama tertulis buatku. Aku cuma hambanya yang cuba membuat yang terbaik sebagai khalifahnya. Walaupun ia sekadar memilih jawapan samaada A,B,C,D, namun pilihan tersebut telah banyak mencorak hidupku ini. Layaknya seperti rerama yang terbang mengikut alunan angin sambil melihat lambaian bebunga yang indah menghiasi taman. Kekadang singgah sebentar untuk mendapatkan titisan madu bagi mengisi nikmat rezeki untuk meneruskan kehidupan harian yang akan berakhir di akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment