Ini merupakan 2 adik perempuanku yang amat aku sayangi. Jarak umur antara mereka berdua adalah 5 tahun. Nuraini berada di UPM dalam tahun akhir jurusan Kejuruteraan Biologi dan Nurhidayah sedang pereksa SPM ketika catatan ini dibuat. Untuk pengetahuan ini sahajalah adik kandung yang aku ada di dalam dunia ini. Mereka berdua sering bergaduh atas sebab yang aku pening memikirkannya. Kadang-kadang pasal baju pun boleh bergaduh. Aku tak memihak pada yang mana-mana sebab aku sayang mereka berdua. Dan mereka berdua sayang antara satu sama lain walaupun sering bergaduh. Nuraini adalah seorang yang cepat menangis. Nurhidayah pun sama je cepat nangis. Aku ingat dahulu ketika membuka sebuah tin yang mengandungi makanan jari Nurhidayah terluka kena pisau. Dan kemudian dia terus nangis ketika melihat darah keluar dari jarinya. aku ingat juga masa keciknya, pernah sekali masa Nurhidayah berumur 3 tahun aku terjatuhkan Nurhidayah dari katil 2 tingkat. Cuak gila aku selamat kepalanya keras. Mungkin sebab itu dia menjadi pandai UPSR pun dapat 5A. Aku pun dapat 2A jek. Itu sahaja buat masa ini. Nanti kalau ada masa aku sambung lagi.
No comments:
Post a Comment