SELAMAT DATANG WELCOME

"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang budiman, semua kenyataan yang terdapat di dalam laman ini tidak berniat mengganggu sesiapa.. ilmu adalah untuk dikongsi bersama"

be the first

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SELAMAT DATANG @ WELCOME

Saturday, November 8, 2008

HARI INI


Hari ini sungguh sunyi
Televisyen kuat tidak didengari
Suara itu bagaikan tiada
Nyanyian bersulam indah tiada bermakna
Tapi hati pelbagai kata

Hari ini sungguh sunyi
Menemani hati dipenuhi sepi
Ragam minda mencari-cari
Suatu makna kehidupan bersendiri
Tiada komitmen rahsia hati

Hari ini sungguh sepi
Sejuk terasa menusuk Sang kaki
Menghembus ruang yang tidak bertepi
Dari alat yang terpasang rapi
Indahnya perasaan ini

Hari ini sungguh sunyi
Tiada renggekan dari si kecil
Tiada belaian dari permaisuri
Namun tahu helahan hati
Mendamba sesuatu yang belum pasti

Hari ini sungguh sunyi
Menunggu masa berlalu pergi
Melayari laman mencari erti
Merakam saat menerusi hati
Melihat alam impian dipenuhi

Hari ini sungguh sunyi
Menghilang gundah menetap sepi
Permainan hati perlu disedari
Walau jam berterusan lagi
Namun komputer ini perlu dihenti

Hari ini sungguh sunyi
Mengubat hati yang mahu dikasihi
Menyerah hati pada Rabbi
Mendamba kasih dari ilahi
Menuruni lembah dunia hakiki
Merafak kasih dari Maha Suci

Hari ini sungguh sunyi
Namun hati sedar lagi
Itu semua ketetapan ilahi
Menduga makhluk di alam ini
Mencari keredhaan dari Ya Rabbi

"Salam sayang untuk semua"
Ahad/ 9 November 2008
3.00 petang
S.L.



1 comment:

s said...

pakcik jgn bgtau aku yg syair ni ko copy paste dr memane..sbb aku fhm setiap patah perkataan yg tercoret dlm syair ni....i knew u wrote tis..
thanks for tis friendship.. :(
selamat tinggal pakcik dan kawan-kawan..

love
mawk

Info