SELAMAT DATANG WELCOME

"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang budiman, semua kenyataan yang terdapat di dalam laman ini tidak berniat mengganggu sesiapa.. ilmu adalah untuk dikongsi bersama"

be the first

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SELAMAT DATANG @ WELCOME

Friday, November 28, 2008

SUNYI DI SL INI

Sunyi di SL ini...
Rakan taulan telahpun pulang
Yang tinggal kini hanyalah kenangan
Sofa biru tetap berselarakan
Air Cond berputar setia meneman
Televisyen itu tiada siapa yang menghidupkan

Sunyi di SL ini...
Namun Arif dan Ramlah tetap mempraktik isyarat
Meningkat kemahiran membuat ayat
Menukar kisah dan maklumat
Di dalam sunyi dan lampu yang malap
Entah tak tahu apa dia berdua tengah cakap

Sunyi di SL ini...
Kak Darmah sendiri menghadap PC
Menekan keyboard menyepi diri
Di dalam tempat nama Bilik Committee
Melayan kerja bersifat peribadi
Menghabiskan masa yang bersisa lagi

Sunyi di SL ini...
Kumad sendiri tiada Kak Ina menemani
Hanya banyak tercegat menemani hanyalah kerusi
Yang berdiri kukuh di lantai batu ini
Bertagged dirinya namun dia tidak menyanyi
Mungkin sunyi membelenggu diri

Sunyi di SL ini...
Semua tawa tidak berbunyi
Kipas itu telah berhenti
Papan Karom tidak berdentum lagi
Printer juga membuat sunyi
Lab pula tidak diguna lagi

Sunyi di SL ini...
Sesunyi subuh menanti mentari
Jantungku berdenyut penuh merindui
Hatiku tenang membelah minda hati
Menunggu gelak dan tawa berkunjung lagi
Menghias suasana yang mula suram ini

Sunyi di SL ini...
Hakikat sebenar yang telah terjadi
Mentakdir alam membelah bumi
Merasa suasana yang semakin menyepi
Menulis blog untuk menyatakan hati
Diriku ini telah mula merindui...

(Rindu kat semua
Sabtu
29 Nov 2008
11.46am
S.L)

3 comments:

take5shopOn9 said...

betul.dr jam 12tghri-skg tiada teman setia SL mengunjungi. yg setia aku khalid.sesekali tiba kak'D berketawa dpn PC.kawan2 muncul la dalam nyata.bukan angan dan kenangan aku rindu kamu.sangat rindu..peritnya perpisahan.

khalid Ahmad said...

pengakhiran suat permulaan..
itu yang perlu difahami...

odahonebizz said...

dah xde apa kt mysl lagi...sl pun dh xde makna tanpa kwn2 sume...carom,tv,congkak,pc dll sume hanyalah perhiasan semata-mata...

Info